Tuesday, November 9, 2010

Penyampaian Sijil Tabika/Taska Kemas Sipitang


CEMERLANG…Sapawi diperhatikan oleh Latip (dua dari kiri) menyampaikan Sijil dan Piala kepada salah seorang pelajar Taska Kemas Parlimen Sipitang.

TAHNIAH…Pegawai daerah Sipitang Latip Amat menyampaikan sijil kepada salah seorang pelajar Tabika Kemas Parlimen Sipitang.

CERIA…Persembahan koir oleh guru-guru dan kanak-kanak Tabika Kemas

SOKONGAN PADU…Sebahagian ibubapa kanak-kanak yang hadir di majlis tersebut.

BAKAT…Persembahan tarian oleh kanak-kanak tadika Kemas.

SIPITANG: Kemenangan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas membuktikan rakyat menerima baik tranformasi politik yang dikehendaki oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ketua Penerangan Umno Sabah Datuk Sapawi Ahmad berkata gagasan 1 Malaysia: Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan turut diterimapakai oleh rakyat.

“Rakyat tahu bahawa BN adalah kerajaan yang meletakkan kepentingan rakyat pada tahap yang paling utama dan perkara penting bahawa BN memastikan rakyat terus menikmati kemakmuran dan keharmonian,” katanya ketika ditemui selepas majlis penyampaian sijil tabika dan taska Kemas Parlimen Sipitang di dewan serbaguna di sini kelmarin.

Hadir sama pada majlis tersebut termasuklah Pegawai Daerah Sipitang Latip Amat, Penyelia Kemas Parlimen Sipitang Aminah Ghapar dan Pengerusi Penganjur Awang Suradi.

Beliau berkata rakyat tahu akan kemampuan dan keupayaan BN dan mahukan agar pembangunan serta kemajuan yang berterusan.

“BN bukan berjanji kosong apa yang dijanjikan tetap dikotakan cuma ia harus mengikut keutamaan…BN juga member khidmat kepada seluruh rakyat tanpa mengira kaum mahupun agama dan inilah antara faktor mengapa rakyat memberi sokongan kepada calon BN dan mahu mereka menjadi wakil rakyat,” katanya lagi.

Sewaktu berucap pada majlis itu Sapawi yang juga Ahli Parlimen Sipitang meminta agar ibu bapa tidak terpengaruh dengan usaha pihak tertentu yang cuba mengajak mereka untuk menolak pembelajaran di tadika kerajaan seperti tadika Kemas.

Menurutnya system pembelajaran di tadika itu adalah mengikut rangka yang ditetapkan oleh kerajaan dengan memfokuskan kepada pembangunan insan.

“Usah ragu-ragu kerana sistem pembelajaran di tadika kerajaan termasuklah tadika Kemas adalah terbaik…pembangunan insan di mana matlamat melahirkan generasi berilmu tetap diutamakan,” katanya lagi.

Beliau juga memberitahu sistem pembelajaran itu juga sentiasa dipertingkatkan dari masa ke semasa.

Share |