Wednesday, November 10, 2010

Kempen Bahasa Kebangsaan


SOKONGAN…Penyanyi dan penghibur terkenal Abu Bakar Elah atau Ampal turut member sokongan di majlis tersebut.

DIHARGAI…Sapawi menerima cenderamata daripada Pengarah DBP Sabah Zubaidi Abas di majlis tersebut.

DIHARGAI…Sapawi diperhatiikan oleh Zubaidi (kiri) menyampaikan cenderakenangan kepada salah seorang penduduk kampung di majlis tersebut.

SIPITANG: Pihak berkuasa tempatan disaran agar memberi perhatian terhadap pengunaan Bahasa Melayu sesuai dengan kedudukannya sebagai bahasa kebangsaan.

Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Ahmad berkata papan tanda dan iklan perlu dipastikan mengikuti pengunaan bahasa yang betul.

“Perhatian perlu diberikan kerana pengunaan bahasa rojak bukan sahaja mencemarkan Bahasa Melayu tetapi turut memperlihatkan sikap tidak menghormati bahasa itu sebagai bahasa kebangsaan,” katanya pada penutupan Derau Bahasa sempena Bulan Bahasa Peringkat Negeri Sabah di Kampung Banting dekat sini kelmarin.

Hadir sama pada majlis tersebut termasuklah Pegawai Daerah Sipitang Latip Amat, Pengarah DBP Sabah Zubaidi Abas dan Pemimpin Kemajuan Rakyat N.28 Sindumin Abdul Rahman Mohd Noh,

Sapawi berkata usaha untuk memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan perlulah diberikan sokongan.

Katanya penggunaan Bahasa Melayu berupaya menyatupadukan rakyat pelbagai kaum di negara ini.

Menurutnya penggunaan Bahasa Melayu turut tidak mengetepikan pengunaan bahasa ibunda suku kaum.

Sehubungan dengan itu Sapawi berkata Dewan Bahasa dan Pustaka yang dipertanggungjawabkan untuk memartabatkan Bahasa Melayu perlu diberikan sokongan.

“Pihak berkuasa tempatan amat wajar memberikan sokongan kepada DBP dan membantu dalam memastikan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan,” katanya lagi.


Share |