Sunday, November 14, 2010

Keluarga Bahagia


TAHNIAH…Sapawi diperhatikan oleh Amat dan Janet menyampaikan hadiah kepada salah seorang pemenang di majlis tersebut.


SOKONGAN PADU…Sebahagian jemputan dan penduduk setempat yang hadir di majlis tersebut

SIPITANG: Keluarga bahagia adalah keluarga yang cemerlang, kata Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Ahmad.

Beliau berkata kasih sayang sebuah keluarga bukan bergantung kepada harta benda tetapi kemesraan hubungan keluarga tersebut.

“Keluarga yang cemerlang turut membantu membangunkan negara di mana generasi yang lahir daripada keluarga cemerlang adalah generasi yang berhemah tinggi,” katanya pada program keluarga bahagia di Sekolah kebangsaan Ulu Sipitang kelmarin.

Hadir sama pada majlis itu termasuklah Pegawai Daerah Sipitang Latif Amat, Timbalan Setiausaha Tetap Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Janet, Penolong Pegawai Daerah Sipitang Arifin Rukut,Pegawai Kebajikan Sipitang Siti Halinah Mohd Zain dan Pemimpin Kemajuan Rakyat Sindumin Abdul Rahman Mohd Noh

Sapawi memberitahu keluarga bahagia bermula daripada rumah di mana ibu bapa memainkan peranan penting.

Katanya keluarga yang porak peranda akan melahirkan generasi yang porak peranda dan akhirnya akan memusnahkan harapan negara.

Menurutnya keluarga yang bahagia akan memberi kesan kepada generasi akan datang dan ia mampu menjadi warisan kepada anak-anak.

“Pembangunan pesat dan kemajuan negara menghidangkan pelbagai cabaran getir yang boleh menggugat hubungan sesebuah kelaurga,” katanya lagi.

Menurutnya kemesraan hubungan sesebuah keluarga berupaya menghadapi cabaran tersebut.

.
Share |