Saturday, December 11, 2010

Program Bina Insan


TAHNIAH…Sapawi menyampaikan sijil penyertaan kepada Pasang Binti Puasa salah seorang peserta krusus di majlis tersebut.


TAHNIAH…Sapawi menyampaikan sijil penyertaan kepada Rahim Moktar salah seorang peserta krusus di majlis tersebut.

KOTA KINABALU: Jangan amalkan sikap dengki sehingga ianya menjadi budaya dan seterusnya diwarisi oleh generasi akan datang.

Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Ahmad berkata sikap dengki yang negatif hanya akan membawa kepada kerugian yang berpanjangan berbanding dengan sikap untuk berusaha mencapai kejayaan dan kemajuan.

“Jadikan sikap berusaha gigih bagi mencapai kejayaan dan kemajuan sebagai budaya dan biarlah ianya berkembang daripada satu generasi kepada generasi akan datang kerana sikap ini lebih bermanfaat dan menguntungkan,” katanya pada majlis penutupan program bina insan, skim pembangunan kesejahteraan rakyat Sabah di sini kelmarin.

Program anjuran Kementerian Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) dan Kemas itu disertai 46 peserta.

Sapawi berkata rakyat negara ini wajar bersyukur dengan sikap keprihatinan barisan kepimpinan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang sentiasa berusaha mengubah nasib rakyat.

Menurutnya pelbagai peluang disediakan oleh kerajaan dan seluruh rakyat negara ini berpeluang untuk menikmati peluang tersebut.

“Peluang yang diberikan itu bagaimanapun hendaklah dipergunakan dan tidak dipersia-siakan,” katanya dan menambah rakyat yang menggunakan peluang tersebut akan menikmati manfaat tetapi yang bersikap sebaliknya akan ketinggalan.

Beliau berkata apa yang dilakukan oleh kerajaan kepada rakyat tidak mampu dinikmati oleh rakyat di negara lain.

Banyak peluang, katanya disediakan oleh kerajaan dalam usaha membantu mereka untuk terus maju dan mencapai kejayaan.

“Kerajaan tidak mahu membiarkan rakyatnya susah sebaliknya terus berusaha memastikan rakyat negara ini terus menikmati keharmonian, kesejahteraan dan kemakmuran,” katanya lagi.

a)

b)

Share |