Thursday, December 16, 2010

Serah Zink Dan Kayu


ZIARAH JIWA MURNI…Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Ahmad mengadakan lawatan ke Kampung Sungai Lama Padas Damit untuk beramah mesra dengan penduduk kampung tersebut.

Kunjungan menerusi program Ziarah Jiwa Murni itu menyaksikan Sapawi berkunjung ke kediaman Mohd Suling, 64, dan menghabiskan masa hampir sejam di kediaman pesara tentera yang mempunyai enam orang anak.

Pada ziarah itu Sapawi menyampaikan sumbangan zink dan kayu bagi membantu Mohd Suling membaiki rumahnya yang agak uzur.

Kelihatan Sapawi diperhatikan oleh Wakil Lumadan Kamarlin Ombi menyampaikan zink kepada Mohd Suling.

Share |