Saturday, January 29, 2011

Serah Kad Tahun Baru Cina Di Pekan Sipitang





MESRA…Kemeriahan sambutan Tahun Baru Cina turut diceriakan oleh Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Ahmad dan wakil rakyat Sindumin Ahmad Bujang bersama pimpinan kompenan Barisan Nasional (BN) yang tidak melepaskan peluang untuk bertemu dengan masyarakat berketurunan Cina di Sipitang.

Selain mengucapkan selamat menyambut perayaan itu, Sapawi yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sipitang turut menyampaikan kad-kad sambutan Tahun Baru Cina di sekitar pekan Sipitang.

“Saya berharap sambutan perayaan kali ini akan memberi makna besar kepada masyarakat Cina,” katanya.

Menurutnya rakyat dari pelbagai suku kaum turut menyambut dengan ceria perayaan itu “dan inilah keistimewaan serta lambang perpaduan dan persefahaman rakyat.”

Di majlis itu juga Sapawi dan Ahmad menyampaikan derma kepada tiga buah tokong cina di Sipitang dan turut menyampaikan kepala singa peruntukan kerajaan negeri melalui Menteri Belia dan Sukan Datuk Peter Phang kepada dua buah tokong cina iaitu Kuil Hock Teck Kong dan Tokong Cina Vie Hun Mesapol.

Hadir sama pada rombongan tersebut termasuklah Pemimpin kemajuan Rakyat Sindumin Abdul Rahman Mohd Noh, Pegawai , Ketua MCA Sipitang Suu See Teng, Ahli Majlis Daerah Sipitang Lau Kim Ling dan Anthony Liaw, Kapitan Cina Mesapol Chew Kim Enn dan Presiden Dewan Peniagaan Cina Sipitang Lim Thian Hock,

a) Kelihatan Sapawi dan Ahmad sedang menyampaikan kad sambutan Tahun Baru Cina kepada salah seorang masyarakat cina sambil diperhatikan oleh pimpinan parti kompenan BN Sipitang.

b) Kelihatan Sapawi menyampaikan kepala Singa dan derma kepada pengerusi Kuil Hock Teck Kong Wong Ket Sing dan pengerusi tokong cina Vie Hun Mesapol Sipitang Yeo Bun Kiat.

Share |