Monday, January 31, 2011

Kenduri Kampung Sabah FM Di Kampung Ulu Sipitang


MUZIK TRADISI…Alunan muzik yang apabila lesung di ketuk dipanggil ‘Batingkol’ menjadi tardisi kaum Kedayan turut dipersembahan di majlis tersebut.

TEMURAMAH….Sapawi diperhatikan oleh Kamarlin dan Ahmad sedang di temubual secara langsung sempena Kenduri Kampung Sabah FM oleh DJ Esna.

DIHARGAI…Sapawi diperhatikan oleh Kamarlin dan Ahmad menerima cenderakenangan daripada Pemangku Pengarah Penyiaran Sabah Ali Ngasio.

KUIH TRADISI…Sapawi turut serta bersama penduduk kampung membuat pelbagai kuih-kuih tradisi yang akan disajikan di majlis tersebut.

KENDURI SEKAMPUNG…Sapawi bersama jemputan dan penduduk kampung sedang menikmati juadah makanan tradisi sempena Kenduri Kampung Sabah FM.

SIPITANG: Agensi kerajaan perlu meneruskan peranan bagi memberi kesedaran dan mengingatkan rakyat tentang pentingnya persefahaman dan perpaduan kaum.

Exco Penerangan Sabah Datuk Sapawi Ahmad berkata tanggungjawab itu perlu dipikul bersama dan tidak hanya disandarkan kepada kerajaan semata-mata.

“Rakyat perlu sentiasa diingatkan dan disedarkan tentang persefahaman dan perpaduan kaum…keharmonian serta kemakmuran negara tidak akan dinikmati jika dua perkara itu diabaikan,” katanya pada majlis kenduri sekampung Sabah FM di Kampung Ulu Sipitang dekat sini kelmarin.

Majlis anjuran bersama pejabat Ahli Parlimen Sipitang turut dihadiri oleh wakil rakyat Lumadan Kamarlin Ombi, Wakil Rakyat Sindumin Ahmad Bujang, Pemangku Pengarah Penyiaran Sabah Ali Ngasio, Pegawai Daerah Sipitang Latip Amat, Pemimpin kemajuan rakyat sindumin Abdul Rahman Mohd Noh, Pengurus Sabah FM Malinaziah Datu Julaspi dan pengerusi pelaksana Daim Bakar.

Sapawi yang juga Ahli Parlimen Sipitang berkata agensi kerajaan seperti Sabah FM merupakan agensi terbaik untuk sentiasa memberi kesedaran serta menmgingatkan rakyat tentang pentingnya persefahaman dan perpaduan kaum.

“Peranan Sabah FM adalah menyeluruh dan diikuti oleh rakyat pelbagai kaum…ruang yang ada itun hendaklah dipergunakan,” katanya.

Menurutnya Sabah FM telah mengorak langkah besar dengan kepelbagaian perubahan dalam menyajikan peminat dengan siaran hiburan dan informasi terkini dalam menarik minat pendengar seluruh Sabah khsusunya di Sipitang dan juga memberi peluang kepada masyarakat turut serta bersama kerajaan untuk menjayakan program pembangunan dan kemajuan

Sambil memuji program kenduri sekampung yang julung kali diadakan itu, Sapawi berkata ia membuka ruang membantu merealisasikan gagasan 1 Malaysia.

Beliau berkata, penganjuran amat berjaya dan perlu diteruskan mempunyai masej yang besar dalam membangun masyarakat di bandar dan luar bandar agar masyarakat mempunyai sikap keterbukaan dan sentiasa berdaya saing.

Katanya kenduri sekampung Sabah FM dianggap sangat berjaya dengan semangat kerjasama dan sukarela yang ditampilkan dan dizahirkan oleh penduduk setempat yg pelbagai kaum ingin turut serta menjayakan program tersebut.-Oleh Dzul Mohd Kassim.


Share |