Thursday, February 3, 2011

Umno Sipitang Menyampaikan Sumbangan





PRIHATIN…Umno Bahagian Sipitang telah menghulurkan sumbangan kepada Ahli Jawatankuasa Umno bahagian dan juga pimpinan Umno yang telah ditimpa musibah baru-baru ini.

Sumbangan itu disampaikan sendiri oleh Ketua Umno Sipitang Datuk Sapawi Ahmad kepada Tajudin Asari, Ahmad Mumin, Rapahi Idris dan Omar Ali ketika mempengerusikan mesyuarat Umno Bahagian Sipitang Di Bilik Mesyuarat Majlis Daerah Sipitang semalam.

Beliau berharap musibah itu diterima dengan hati terbuka dengan sabar menghadapi dugaan kerana setiap kejadian pasti ada hikmahnya.


Share |