Kelihatan Sapawi bersama Wakil Rakyat Sindumin Ahmad Bujang, Pemimpin Kemajuan Rakyat Sindumin Abdul Rahman Mohd Noh dan Ahli Jawatankuasa Umno Sipitang Jafar Jalap merakamkan kenangan ketika berkunjung raya ke rumah Anthony Liaw
Kelihatan Sapawi dan Pegawai Daerah Sipitang Latip Amat merakamkan kenangan ketika berkunjung ke rumah Yeo Boun Kiat.
JALINAN MESRA…sambutan perayaan Tahun Baru Cina bertambah meriah apabila perayaan tersebut turut diraikan bersama oleh masyarakat pelbagai kaum di negeri ini.
Situasi inilah juga yang turut diperlihatkan di Parlimen Sipitang apabila amalan kunjung mengunjung diteruskan dan Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Ahmad adalah antara pemimpin dan rakyat yang berkunjung ke rumah masyarakat Cina di kawasan tersebut.
“Bagi rakyat negara ini, amalan seumpama ini sudah menjadi budaya dan inilah keistimewaan yang kita miliki,” kata Sapawi ketika ditemui di rumah Ahli Majlis Daerah Anthony Liaw di Taman Wawasan, Sipitang kelmarin.
Sapawi memberitahu amalan itu turut memperlihatkan dengan jelas persefahaman dan perpaduan kaum di negara ini.
“Amalan yang menjadi budaya inilah yang terus mengeratkan dan mempermantapkan lagi perpaduan serta persefahaman antara kaum di negara ini,” katanya.
Sapawi turut juga berkunjung ke rumah Pengerusi tokong Cina Mesapol yang juga Ahli Majlis Daerah Sipitang Yeo Boun Kiat