Monday, February 7, 2011

Anugerah Khidmat Cemerlang Dan Jasamu Dikenang Majlis Daerah Sipitang


KENANGAN….Sapawi merakamkan kenangan bersama-sama penerima anugerah jasamu dikenang di majlis tersebut

CERIA…Sapawi merakamkan kenangan bersama-sama penerima anugerah perkhidmatan cemerlang Majlis Daerah Sipitang.

JASA MU DIKENANG…Sapawi menyampaikan sijil penghargaan kepada pesara bekas Pegawai Eksekuatif Majlis Daerah Sipitang Yunus Mataha.

TAHNIAH…Sapawi diperhatikan oleh Ahmad, Rayman dan Sabri menyampaikan sijil perkhidmatan cemerlang kepada Jinego Sinteh

NADI…Sapawi dan Ahmad merakamkan kenangan bersama ahli majlis dan ahli bersekutu Majlis Daerah Sipitang

SIPITANG: Kesediaan melakukan dan menerima perubahan sikap serta berfikiran positif berupaya membawa sesebuah organisasi mencapai kejayaan dan kecemerlangan.

Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Ahmad berkata kecemerlangan sesebuah organisasi bergantung kepada kreativiti, inovatif dan semangat pengorbanan yang kental serta sanggup membuat keputusan meski berdepan dengan rasiko.

“Apa yang penting kesediaan kita untuk melakukan perubahan sikap dan berfikiran positif,” katanya pada majlis anugerah khidmat cemerlang dan jasamu di kenang Majlis Daerah Sipitang di dewan serbaguna di sini kelmarin.

Bagaimanapun Sapawi menegaskan amalan bersih, mesra dan amanah turut menjadi tunjang kepada usaha mencapai kejayaan dan juga kecemerlangan.

Majlis yang julung kali diadakan sejak penubuhannya pada 1961 turut dihadiri wakil rakyat Sindumin Ahmad Bujang, Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Rayman Loudrize, Pegawai Daerah Sipitang Latip Amat, Pegawai Eksekuatif Majlis Daerah Sipitang Sabri Mohd Noh dan Pemimpin Kemajuan Rakyat Sindumin Abdul rahman Mohd Noh.

Sapawi juga berkata kerjasama berpasukan turut penting untuk sesebuah organisasi mencapai misi dan visinya.

“Untuk maju kita harus bersedia berubah dan amalkan kerja berpasukan,” katanya lagi.

Beliau juga agar kebersihan diberi keutamaan kerana perkara pertama yang menjadi perhatian.

Jagalah kebersihan disekitar perkadaran dan kemesraan bermula dari kakitangan ke pelanggan seterusnya kepada masyarakat, katanya

Sapawi juga memuji pihak pengurusan dan pentadbiran Majlis Daerah Sipitang (MDS) kerana menerima anugerah pengurusan audit dan kewangan terbaik di Malaysia yang kini mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh dengan nilai RM3 juta jika berbanding pada ketika dulu.

Share |