Friday, February 25, 2011

Sipitang Dream Team...Menang!


CERIA…sapawi memerhatikan Ketua Pasukan Sipitang Dream Team menyampaikan cenderakenangan kepada ketua pasukan SFI di majlis tersebut.

SIPITANG: Jaringan seawal minit perlawanan oleh Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Haji Ahmad membolehkan pasukan veteran Sipitang Dream Team mencatatkan kemenangan.

Pasukan itu menewaskan pasukan veteran Sabah Forest Industries (SFI) 1-0 pada perlawanan persahabatan di sini kelmarin.

“Perlawanan itu hanya untuk mengeratkan silaturrahim antara kedua-dua pasukan,” kata Sapawi selepas perlawanan persahabatan.

Menurutnya perlawanan itu juga sebagai perlawanan memanaskan badan bagi pasukan veteran Dream Team.

Katanya pasukan veteran Sipitang Dream Team akan mengadakan beberapa siri perlawanan persahabatan dengan matlamat mengeratkan silaturrahim di kalangan pasukan.

“Kami merancang mengadakan beberapa perlawanan persahabatan dengan beberapa pasukan...ia Cuma perlawanan untuk mengeratkan silaturrahim,” katanya lagi.


Share |