Tuesday, April 5, 2011

Anugerah Kecemerlangan Pelajar Sipitang


TAHNIAH…Sapawi diperhatikan oleh Kamarlin menyampaikan anugerah cemerlang kepada salah seorang pelajar di majlis tersebut.

CEMERLANG…Kamarlin diperhatikan oleh Abdul Razak menyampaikan kepada salah seorang pelajar cemerlang SPM di majlis tersebut.

SOKONGAN…Sebahagian pemimpin masyarakat setempat dan ibu bapa yang hadir di majlis tersebut.

CERIA…Sebahagian pelajar cemerlang diringi ibubapa masing-masing turut hadir di majlis tersebut.

MERIAH…Persembahan khas koir daripada Sekolah Pengiran Omar di majlis tersebut.

SIPITANG: Kehebatan sesebuah sekolah tidak akan bermakna jika pencapaian pelajarnya tidak mampu mencapai tahap membanggakan.

Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Ahmad berkata kebanyakkan bangunan sekolah pada ketika ini bukan sahaja cantik dipandang tetapi kelihatan hebat dan mewah.

“Namun kehebatan dan kemewahan bangunan sekolah it tentunya sekali tidak bermakna jika pencapaian pelajarnya berada tahap mengecewakan,” katanya pada Program Juara Rakyat Anugerah Kecemerlangan Pelajar UPSR, SRU, PMR, STPM dan bantuan pelajar OKU di dewan masyarakat di sini kelmarin.

Hadir sama pada majlis tersebut termasuklah wakil rakyat Lumadan kamarlin Ombi, Timbalan Pengarah Penerangan Sabah Yunus Saprin, Pegawai Daerah Sipitang Latip Ahmad, Pegawai Pelajaran Sipitang Abdul Razak Abdul Karim, Ketua Daerah Sipitang Arif Ismail dan Setiausaha Umno Sipitang Alidin Mohamad.

Sapawi berkata bangunan sekolah yang ada ketika ini jauh berbeza dengan bangunan sekolah pada masa dahulu.

Menurutnya kerajaan mengubah bangunan sekolah di negara ini kerana mahu memberi dorongan kepada pelajar agar lebih berusaha mencapai pendidikan yang terbaik dan membanggakan.

“Kerajaan mahu agar golongan pelajar sentiasa komited dan bersungguh mencapai keputusan terbaik dalam pendidikan,” katanya dan menambah apa yang dilakukan oleh kerajaan jug adalah mengikut perkembangan masa.

Katanya kerajaan sentiasa mahu mempastikan golongan pelajar terus menikmati pembangunan dan kemajuan pendidikan.

Beliau berkata bagi memastikan golongan pelajar mencatat keputusan cemerlang, sokongan dan dorongan amat perlu diberikan.

Menurutnya kerjasama ibu bapa, guru dan pihak pengurusan sekolah penting dalam memberikan sokongan dan dorongan tersebut.

Bagaimanapun Sapawi menegaskan bahawa kecemerlangan seseorang pelajar bukan hanya bersandarkan kepada keputusan yang dicapai tetapi turut bergantung kepada prestasi menyeluruh pelajar tersebut.

“Kecemerlangan seseorang pelajar bukan hanya kepada keputusan peperiksaan tetapi juga kepada sikap dan prilaku pelajar tersebut,” katanya lagi.

Share |