Tuesday, May 10, 2011

SLDB


SERAH…Sapawi menyaksikan surat penyerahan dan gambar replika gasing daripada Pengurus Besar SLDB Juarri Bin Majid (kanan) kepada Pengerusi Majlis Dearah Sipitang yang juga Pegawai Daerah Sipitang Latip Amat di majlis tersebut.

SIPITANG: Penglibatan sektor swasta dalam masyarakat mampu membantu usaha kerajaan termasuk dalam mensifarkan kadar kemiskinan.

Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Ahmad berkata kerajan amat mengalu-alukan penglibatan badan-badan korporat dalam membangunkan masyarakat melalui tanggungjawab sosial Korporat (CSR).

“Ini termasuklah dalam memberikan sumbangan kerana ia dapat membantu usaha kerajaan,” katanya pada majlis penyerahan replika gasing di bilik mesyuarat Pejabat Daerah Sipitang kelmarin.

Replika gasing yang terletak dibulatan jalan Sindumin menuju ke Tenom itu merupakan sumbangan Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (SLDB). Sumbangan itu diserahkan kepada Pegawai Daerah Sipitang, Laitp Ahmad.

Sapawi memberitahu sumbangan SLDB itu amat bermakna kerana ia memperlihatkan komitmen agensi kerajaan itu dalam membantu membangunkan masyarakat.

“Kita berterima kasih kepada SLDB yang turut membantu membangunkan Sipitang…ia merupakan penglibatan sektor korporat dalam pembangunan masyarakat,” katanya lagi.

Share |