Thursday, June 16, 2011

Kejohanan Golf Terbuka GATA Sipitang 2011


TARIKAN…Setiausaha Penganjur Matrudi Kahan (tengah) diperhatikan oleh AJK Penganjur Ramli Awang Said (kiri) dan Jus Bina memegang risalah kereta hadiah utama ‘Hole In One’ pada kejohanan Golf GATA Sipitang 2011.


SIPITANG: Sebuah kereta Naza Kia Picanto menanti pemain yang berjaya membuat pukulan `hole in one’ pada Kejohanan Golf GATA Sipitang akhir bulan ini.

Kejohanan pada 25-26 Jun di Borneo Golf & Country Club Bongawan itu turut menawarkan pelbagai hadiah menarik dan lumayan.

Setiausaha penganjur Matrudi Kahan berkata tiga kategori bakal dipertandingkan pada kejohanan tersebut.

Katanya kategori tersebut termasuklah kategori tertutup Sipitang dan ketagori VVIP (Jemputan) dan terbuka.

“Kejohanan ini terbuka kepada mereka yang berminat dan kami mengalu-alukan setiap penyertaan,” katanya di sini kelmarin.

Menurutnya kejohanan tersebut merupakan salah satu acara sempena Festival Gasing dan Tamu Besar (GATA) Sipitang 2011.

Beliau memberitahu borang-borang penyertaan telahpun diedar-edarkan di mana setiap penyertaan akan dikenakan yuran penyertaan.

Bagi mereka yang merupakan ahli Borneo Golf & Country Club akan dikenakan yuran sebanyak RM120 manakala mereka yang bukan ahli akan dikenakan yuran penyertaan sebanyak RM180.

Pemain juga berpeluang memenangi cabutan tiket bertuah dimana tiga buah televsyen LCD dan barangan eletrik di samping jamuan makan akan disediakan semasa penyampaian hadiah berkenaan.

Mereka yang berminat boleh menghubungi Matrudi, tel: 013-8771451 untuk mendapatkan keterangan lanjut dan memperolehi boring penyertaan.

Borang penyertaan juga boleh diperolehi menerusi Jus Bina (019-8595665), Ramli Haji Awang Said (016-8437505) dan Mohd Kassim Ali Yusuf (016-8319548). Borang penyertaan turut boleh diperolehi di Borneo Golf & Country Club di Bongawan.

Tarikh tutup penyertaan ialah pada 22 Jun jam 4.00 petang dan Matrudi berkata mereka yang mahu beraksi perlu segera menghantar boring penyertaan.

“Ketika ini kami boleh menghadkan penyertaan bagaimanapun kami tetap mengutmakan siapa dahulu dialah yang akan diutamakan dan Goodies topi dan baju akan diberikan kepada pemain yang menyertai kejohanan ini,” katanya lagi.-Oleh Dzul Mohd Kassim.

Share |