Sunday, July 24, 2011

S.K Melalia





SUMBANGAN…Sapawi diperhatikan oleh Razak dan Kasa menyampaikan Mok Cek kepada wakil S.K Lupak Aminah Ismail di majlis tersebut.
LESTARI…Sapawi diperhatikan oleh Mohamad menanam pokok tanda sembolik melestari alam sekitar di majlis tersebut.

SIPITANG: permuafakatan anatara ibu bapa dan guru dapat memastikan kejayaan sesebuah sekolah.

Ahli Parlimen Sipitang Datuk sapawi Ahmad berkata kejayaan itu bukan hanya kepada pencapaian akademik tetapi juga penganjuran program sekolah.

“Permuafakatan ibu bapa dan guru amat penting dan ia faktor kejayaan yang didam.”Katanya pada perasmian melestari alam sekitar dan pemacu bestari sempena program perkhemahan bestari di Sekolah Kebangsaan Memalia dekat sini kelmarin.

Hadir sama pada majlis tersebut Pegawai Pendidikan Sipitang Abdul Razak, Pegawai Alam Sekitar Sipitang Amir Hamzah Musa, Pegawai Perhutanan Sipitang Mohamad Bakar, Guru Besar S.K Memalia Kasa Saidi dan Pengerusi PIBG S.K Memalia Asimi Tengah

Sapawi berkata kelengkapan sesebuah sekolah tidak akan menjamin kejayaan sesebuah sekolah tanpa adanya permuafakatan.

Bagaimanapun Sapawi berkata permuafakatan itu hanya dilahirkan menerusi pengurusan yang baik oleh pihak pengurusan sekolah.

Katanya adalah perlu diwujudkan pengurusan yang baik kerana ini mendorong ibubapa untuk mendekati sekolah.

“ini turut mendorong ibu bapa menyokong program sekolah”,katanya lagi.

Mengenai program itu Sapawi berkata ianya amat berguna khsusunya dalam menambahkan ilmu.

“program seumpama ini amat bermanfaat kepada pelajar,”katanya lagi.

Di majlis itu juga Sapawi telah menyampaikan sumbangan cek bernilai RM5 ribu kepada empat buah sekolah terpilih antaranya S.K Memalia, S.K Lupak, Sekolah Menengah Kebangsaan Weston dan Sekolah Menengah Kebangsaan Pengiran Omar, Sipitang bagi program alam sekitar.




Share |