MANTAP…Sapawi bersama Ketua Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Shahlan Ismail (tengah) dan Ketua Pengarah BTN Raja Arif (kanan) ketika ketika menghadiri program tersebut.
MANTAP…Sebahagian Ketua-Ketua Penerangan dan AJK Umno Bahagian yang hadir pada majlis tersebut.
KENANGAN…Tawfiq bersama jemputan lain mengambil kesempatan mengabdikankenangan bersama Ketua Pengarah BTN Raja Arif di majlis tersebut.
TERTARIK…Sapawi diperhatikan oleh Tan Sri Ampong Puyong sedang menerangkan sesuatu mengenai Buliten Juara Rakyat Umno Sabah.
CERIA…Sapawi dan Shahlan (tengah) bersama tetamu jemputan khas sedang menghadiri program Wacana 1 Malaysia.
KOTA KINABALU: Ahli Umno pada semua peringkat perlu mlakukan `spin’ bagi menangani pembohongan pembangkang kepada rakyat.
Ketua Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Shahlan Ismail berkata ia termasuklah usaha untuk menguasai media baru.
Berucap pada program Wacana 1 Malaysia anjuran Biro Penerangan Umno Sabah di Bangunan Umno di sini, beliau berkata pembangkang mendahului Umno dalam menguasai media baru pada ketika ini.
“Pembangkang menggunakan media baru seperti halaman sosial, blog dan sebagainya untuk menyebarkan isu-isu dan mempengaruhi rakyat,” katanya.
Menurutnya mereka yang melayari internet itu mudah percaya dengan pembohongan yang dilontarkan oleh pembangkang terhadap Kerajaan Barisan Nasional (BN).
Ini katanya termasuklah golongan muda yang lebih suka menggunakan internet bagi mendapatkan maklumat tanpa mengethui bahawa maklumat itu Cuma fitnah dan bohong semata-mata.
“Perkara ini tidak boleh dibiarkan berterusan dan ahli Umno pada semua peringkat perlu mempertingkatkan lagi usaha bagi menguasai media baru ini dan menyampaikan maklumat yang tepat,” katanya.
Meskipun rakyat tahu, katanya, pembohongan yang dilemparkan oleh pembangkang, namun kecanggihan internet dan digemari menyebabkan masih ada di kalangan mereka yang terpedaya.
Beliau berkata inilah masanya peranan pimpinan dan ahli mempergunakan skil serta kemahiran berpolitik dengan melakukan `spin’ bagi memberi maklumat yang tepat dan benar berdasarkan fakta.
Menurutnya usaha mendekati akar umbi masih perlu dilakukan oleh pemimpin dan juga ahli parti.
Perdana Menteri sendiri, kata Shahlan, turut padang bagi menemui dan mendekati rakyat khususnya pada peringkat akar umbi.
Katanya apa yang dilakukan oleh Perdana Menteri adalah kerana mahu rakyat terus memberi mandat kepada BN.
“Perdana Menteri telah mengadakan lawatan ke negeri-negeri bagi mendekati rakyat....ia untuk membolehkan beliau mendengar permasalahan yang dihadapi oleh rakyat,” katanya dan menambah apabila rakyat telah memberi sokongan, adalah wajar untuk BN memberi pulangan bermakna atas mandat yang diberikan itu.
Sahlan memberitahu pemimpin juga harus tidak mudah menabur janji jika sukar untuk menunaikannya.
Katanya rakyat marah kepada pemimpin yang gagal menunaikan janji “dan kerana itu setiap pemimpin apabila sudah berjanji hendaklah berusaha untuk menunaikannya.”
Beliau juga mengingatkan agar ahli Umno tidak hanya membincangkan soal tarikh pilihan raya ke-13 tetapi perlu memberi keutamaan kepada persediaan dan sentiasa mengemaskini jentera masing-masing.
Sebelum itu Ketua Penerangan Umno Sabah Datuk Sapawi Ahmad berkata krisis keyakinan rakyat terhadap BN prlu diberikan keutamaan.
Katanya usaha perlu dilakukan dan diperhebat bagi mengembalikan keyakinan dan kepercayaan rakyat terhadap BN.
Menurutnya gagasan 1 Malaysia yang merupakan cetusan idea Perdana Menteri memberi impak besar kepada rakyat.
“Gagasan ini merupakan salah satu usaha yang telah mengembalikan keyakinan dan kepercayaan rakyat kepada BN di mana keutamaan difokuskan kepada soal persefahaman dan perpaduan antara kaum,” katanya.
Sapawi juga berkata langkah Perdana Menteri yang berkunjung dan melawat ke negeri-negeri turut memberi keyakinan dan kepercayaan rakyat terhadap BN.
“Rakyat merasa dihargai apabila PM sendiri turun padang menemui rakyat di setiap negeri,” katanya lagi.
Sambil memberi keyakinan bahawa Sabah akan kekal sebagai fixed deposit kepada BN, Sapawi berkata rakyat Sabah merasa selesa dan yakin serta percaya dengan BN bagi terus menerajui tampuk kerajaan.