Saturday, August 27, 2011

Berbuka Puasa Di Surau Kg Lubuk Darat, Sipitang.



Kelihatan Sapawi diperhatikan oleh Adun Sindumin Ahmad Bujang dan Pegawai Daerah Sipitang Latip Ahmad menyampaikan wang zakat kepada salah seorang penerima di majlis tersebut.

MEMBINA KEKUATAN…Umat Islam disaran agar menjadikan kehadiran Ramadan sebagai asas untuk memperkukuhkan perpaduan dan juga persefahaman.

Saranan itu diluahkan oleh Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Ahmad sewaktu menghadiri majlis berbuka puasa di Surau Kampung Lubuk Darat, Sipitang kelmarin.

“Umat Islam ketika ini berdepan dengan pelbagai cabaran getir dan untuk menghadapinya, kita harus bersatu dengan memperkukuh perpaduan dan persefahaman yang sedia ada,” katanya lagi.

Selain berbuka puasa dan beramah mesra dengan umat Islam di Kampung itu, Sapawi turut menunaikan solat Maghrib, Isyak dan sunat terawih di surau kampung tersebut.





Share |