CERIA…Sapawi turut menyampaikan plak penghargaan kepada kaum berketurunan cina di majlis tersebut.
IKHLAS…Sapawi menyampaikan plak penghargaan dan sumbangan kepada Hamit saban yang juga dikenali sebagai ‘raja gasing’.
SOKONGAN PADU…Sebahagian pemimpin dan pejuang veteran yang menghadiri majlis tersebut.
DIHARGAI…sapawi diperhatikan oleh Kamarlin dan Ahmad menyampaikan plak penghargaan dan sumbangan kepada Bahrin Yakub, Pesara Pejawat Awan di majlis tersebut.
MARAH…persatuan Bekas tentera dan polis Sipitang membuat demotarasi aman sejurus membuat laporan polis di IPD Sipitang mengenai kenyataan Mat Sabu.
SIPITANG: Jasa dan pengorbanan para pejuang terdahulu dalam mempertahankan serta mendapatkan kemerdekaan negara harus dihargai dan bukannya diperlekeh.
Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Ahmad berkata keharmonian dan kemakmuran yang dinikmati oleh rakyat ketika ini adalah hasil daripada jasa dan pengorbanan mereka.
“Amat menyedihkan apabila ada pihak memperlekehkan perjuangan mereka sedangkan ketika ini mereka menikmati keharmonian dan kemakmuran,” katanya pada majlis jamuan merdeka pemimpin dan pejuang vateran di dewan serbaguna di sini kelmarin.
Hadir sama pada majlis tersebut Adun Sindumin Ahmad Bujang, Adun Lumadan kamarlin Ombi, Pegawai Daerah Sipitang Latip Ahmad, Ketua daerah Sipitang Arif Ismail, Ketua Polis Sipitang Jamaludin Ali, Pemimpin Kemajuan Rakyat Sindumin Abdul Rahman Mohd Noh
Sapawi berkata lebih menyedihkan apabila mereka menafikan catatan sejarah dan cuba memutarbelitkan sejarah.
Katanya mereka menganggap pejuang komunis itu sebagai pejuang kemerdekaan sedangkan mereka tahu tentang kekejaman yang dilakukan oleh komunis kepada rakyat negara ini.
“Mereka ini bukan sahaja buta sejarah tetapi tidak menghargai jasa dan pengorbanan pejuang kemerdekaan yang sebenar,” katanya lagi.
Sambil berharap agar rakyat menolak usaha yang dilakukan oleh pembangkang yang cuba mengubah fakta sejarah, Sapawi berkata Kerajaan Barisan Nasional yang diterajui oleh UMNO akan mempertahankan jasa dan pengorbanan para pejuang kemerdekaan.
Beliau berkata BN sentiasa menghargai jasa dan sumbangan para pejuang dan tidak akan memperlekehkan perjuangan mereka.
“Kita bukan macam pembangkang, setiap jasa dan pengorbanan para pejuang akan sentiasa dihargai…kita tidak akan melupakan jasa dan pengorbanan para pejuang.
“Keharmonian dan kemakmuran yang dinikmati adalah hasil daripada perjuangan itu dan kita amat menghargainya,” katanya lagi.
Menurutnya generasi muda akan dipastikan mengetahui serta memahami jasa dan pengorbanan para pejuang.
Katanya istilah `tanpa orang lama tiada orang baru’ merupakan istilah yang mudah difahami oleh generasi muda.
“Kita mahu generasi muda tahu betapa hebatnya para pejuang kemerdekaan dan kita mahu generasi muda tahu betapa besarnya pengorbanan mereka semata-mata hanya untuk memastikan kita, generasi ketika ini dapat menikmati keharmonian serta kemakmuran,” katanya lagi.
Sapawi berkata penyertaan Sabah dan Sarawak pada 16 September bagi membentuk Malaysia turut cuba diputar belitkan oleh pembangkang.
Katanya ada hikmah penyertaan Sabah dan Sarawak bagi membentuk Malaysia selain membolehkan negeri ini dan Sarawak mencapai kemerdekaan.
“Jangan mudah dipengaruhi oleh pembangkang yang cuba memutarbelitkan fakta sejarah termasuklah penyertaan Sabah dan Sarawak pada 16 September,” katanya.
Beliau memberitahu pembangkang sanggup melakukan apa sahaja bagi mendapatkan kuasa dan bukannya untuk memperjuangkan rakyat.
“Mereka adalah golongan yang tidak bersyukur dan menghargai apa yang telah dilakukan oleh para pejuang tetapi mereka mahu menikmati keharmonian dan kemakmuran, golongan seumpama ini tidak seharusnya diberikan sokongan” katanya lagi.
Lebih 400 pejuang veteran kemerdekaan yang terdiri daripada bekas anggota tentera, polis, guru, kakitangan awan dan sewasta diraikan dengan jamuan makan dan menerima plak dan sumbangan wang oleh sapawi di majlis tersebut.