Thursday, September 15, 2011

Raya Merdeka Kg. Mentulud, Beaufort



SUMBANGAN…Sapawi menyampaikan sumbangan kepada warga emas dan orang kurang upaya (OKU) di majlis tersebut.
SOKONGAN PADU…Sebahagian pendudk kampung yang hadir di majlis tersebut.
PERLU PERHATIAN…Beginilah keadaan jalan Kampung Mentulud yang sejuah 3 KM dalam keadaan teruk belum pernah diaspal sejak merdeka.
MESRA…Sapawi bersalaman dengan penduduk kampung hadir di majlis tersebut.

MERIAH…Sapawi bersama tetamu jemputan dan penduduk kampung di majlis tersebut.

BEAUFORT: Usaha membangun dan memajukan kampung di kawasan pedalaman merupakan usaha yang berterusan, kata Datuk Sapawi Ahmad.

Ahli Parlimen Sipitang itu berkata ianya sudah menjadi keutamaan kepada Barisan Nasional yang menerajui kerajaan.

“Usaha itu adalah berterusan dan tidak ada kampung yang diketepikan tanpa memperolehi pembelaan daripada kerajaan BN,” katanya pada majlis rumah terbuka Raya Merdeka di Kampung Mentulud dekat sini kelmarin.

Majlis anjuran Rukun Tetangga dan Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung Mentulud itu turut dihadiri oleh Pegawai Perpaduan Beaufort Awang Anak Abdul Sani, Pegawai Pembangunan Masyarakat (CDO) Lumadan Abdullah Mat Rais, Penyelia Kemas Beaufort Jumadin Jusin, Pegawai Perhubungan Ahli Parlimen Sipitang Matbali Musah, dan Pengerusi JKKK Kampung Mentulud Sani Mohksin

Sapawi memberitahu meskipun usaha itu kelihatan perlahan namun BN tetap meletakkannya sebagai keutamaan.

Katanya perancangan dan perencanaan yang dibuat tetap dilaksanakan kerana BN mahu memastikan semua rakyat dapat menikmati kemakmuran.

Menurutnya antara keutamaan yang ditumpukan oleh BN ialah memastikan rakyat menikmati kemudahan infrastruktur dan kemudahan yang lain.

“Inilah keutamaan yang menjadi tumpuan kepada BN dan kita sentiasa berusaha koruna kita utamakan rakyat,” katanya lagi.

Sambil menyatakan rasa sebak dengan keadaan di Kampung Mentulud yang mempunyai 79 buah rumah dan rata-ratanya 90 peratus penduduknya bekerja sebagai nelayan sepenuh masa, Sapawi berkata usaha untuk memajukan dan membangunkan kampung itu tetap diberi keutamaan.

Katanya masih banyak yang perlu dilakukan untuk penduduk di kampung tersebut dan usaha yang dilakukan dalai berterusan.

“Saya dan wakil rakyat Lumadan, Kamarlin Ombi tidak membelakangkan kampung ini dan kami akan bersama-sama memastikan penduduk kampung ini tidak ketinggalan daripada menikmati pembangunan dan kemajuan,” katanya lagi.

Beliau memberitahu antara yang perlu dilakukan ialah memastikan jalan masuk sejuah 3 KM ke kampung tersebut dapat diaspal.

“Saya akan berjuang bagi memastikan jalan ke kampung ini dapat diaspal dan saya akan meminta agensi kerajaan termasuklah Jabatan kerja Raya (JKR) untuk memberi keutamaan kepada jalan kampung ini dan mengambil tindakan segera,” katanya dan menambah perkara itu akan disuarakan kepada mesyuarat pembangunan daerah.

Sambil mendedahkan bahawa beliau banyak menerima rungutan daripada penduduk kampung berhubung jalan tersebut, Sapawi berkata pengaspalan jalan raya itu penting kerana ia memberi kemudahan kepada rakyat khususnya penduduk kampung tersebut.

Beliau juga memberitahu ada sebuah jalan di Kampung Ulu Meraba Banting yang baru siap diaspal tetapi tidak berpenghuni “dan jalan ini juga telah menimbulkan pelbagai isu dan yang menjadi sasaran adalah kami, Ahli Parlimen serta Adun Lumadan.”

Katanya ketelusan amat penting kerana kerajaan mahu masalah kritikal yang dihadapi oleh rakyat khususnya kemudahan infastruktur diberi keutamaan.

“Saya mahu menegaskan di sini masalah jalan kampung ini akan saya suarakan pada mesyuarat pembangunan daerah nanti dan kita mahu pihak yang terbabit akan mengambil tindakan segera,” katanya lagi.



Share |