SUMBANGAN…Sapawi menyampaikan sumbangan kepada warga emas berketurunan cina di majlis tersebut.
DIHARGAI…Sapawi diperhatikan Ahmad menerima cenderakenangan daripada Pengerusi Penganjur Suu Lee Chen di majlis tersebut.
CERIA…Sapawi dan Ahmad ketika menghadiri majlis makan malam sempena perayaan Kuih Bulan Tokong Hock Teck Hong, Sipitang.
DIRAIKAN…Sapawi dan Ahmad diperhatikan Suu dan Wong oleh menyaksikan acara sambutan warga emas Wong Mai Lan,78 dan Lee Wan Rou,92 (duduk kanan) bersama warga emas berketurunan cina di majlis tersebut.
MERIAH…Sapawi dan Ahmad memotong riben bersama-sama peyumbang kewangan di majlis tersebut.
SIPITANG: Rakyat tidak seharusnya mudah terpengaruh sehingga sanggup menggocang keamanan dan keharmonian yang dinikmati.
Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Ahmad berkata rakyat yang bijak pasti sahaja akan memilih mengekalkan keamanan dan keharmonian tersebut.
“Usah bertindak membelakangkan keamanan dan keharmonian yang dinikmati koruna padahnya amat dalam untuk dirasai,” katanya pada majlis perayaan kuih bulan di Tokong Hock Teck Hong di sini kelmarin.
Hadir sama pada majlis tersebut termasuklah Adun Sindumin Ahmad Bujang, Pemimpin Kemajuan Rakyat Sindumin Abdul Rahman Mohd Noh, Penasihat Tetap Tokong Hock Teck Hong Suu See Teng dan Pengerusi Tokong Hock Teck Hong Wong Teck Sing.
Sapawi berkata keamanan dan keharmonian yang dinikmati membolehkan rakyat hidup dengan selesa.
Katanya kehidupan rakyat di beberapa negara yang bergelora wajar dijadikan teladan oleh rakyat pelbagai kaum di negara ini.
Menurutnya apa yang dilakukan oleh pembangkang hanyalah mengutamakan kepentingan diri mereka sendiri dan bukannya untuk rakyat.
“Pembangkang hanya mahukan kuasa dan sanggup melakukan apa sahaja tanpa memikirkan pentingnya keamanan dan keharmonian rakyat
Sapawi yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sipitang berkata antara dakyah itu termasuklah menggunakan isu-isu perkauman yang boleh menggugat keharmonian dan keamanan tersebut.
Katanya agenda utama pembangkang hanyalah mahukan kuasa dan untuk mendapatkan kuasa itu, mereka berusaha menggunakan rakyat.
“Kita telah menikmati kehidupan yang selesa di mana keamanan dan keharmonian pelbagai kaum menerusi kerajaan yang diterajui oleh Barisan Nasional (BN) mewujudkan rasa cemburu kepada rakyat di negara lain.
“Jadi keamanan dan keharmonian yang telah dan sedang nikmati perlu untuk dipertahankan,” katanya lagi.
Menurutnya dengan keamanan dan keharmonian yang diutamakan oleh rakyat membolehkan BN meneruskan perancangan ke arah menjadikan negara terus membangun dan maju.
Katanya kemajuan dan pembangunan negara memberi pulangan yang bermanfaat buat rakyat sendiri.
Beliau berkata BN tidak pernah menghalang mana-mana rakyat yang berusaha untuk meraih kekayaan dan sebaliknya BN sentiasa berusaha mempastikan golongan miskin turut dibangunkan dengan memberi pelbagai kemudahan dan bantuan.
Sapawi berkata usaha itulah juga yang dilakukan oleh BN di Sipitang di mana keutamaan ditumpukan kepada pembangunan ekonomi rakyat.
“Kita berusaha membangun dan memajukan Sipitang kerana hasil daripada kemajuan dan pembangunan itu memberi manfaat kepada rakyat termasuklah pembangunan ekonomi rakyat,” katanya dan menambah BN tidak mengamalkan perkauman atau hanya menumpukan kepada satu kaum sahaja.
Menurutnya tiada amalan meminggirkan dan menumpukan hanya kepada satu kaum tetapi apa yang dilakukan oleh BN dalai menyeluruh kepada semua kaum di negara ini.
Pada majlis itu Sapawi telah menyampaikan sumbangan RM3,000 untuk tokong tersebut selain sumbangan kepada warga emas berketurunan Cina.