Monday, September 12, 2011

Rumah Terbuka Aidilfitri Umno Sipitang, DUN Lumadan.




DUIT RAYA…Sapawi bersama Kamarlin dan Ahmad menyampaikan duit raya kepada kanak-kanak yang hadir di majlis tersebut.
INTIM…Sapawi sedang berbual mesra denagn tetamu yang hadir di majlis tersebut.
PATRIOTIK…Sapawi bersama Kamarlin dan barisan pimpinan Umno Sipitang memotong kek sempena sambutan hari merdeka.
MESRA…Sapawi bersama Kamarlin bersalaman dengan tetamu yang hadir di majlis tersebut.
MANTAP…Sapawi bersama Kamarlin dan Ahmad sedang merakamkan kenangan bersama AJK bahagian, Wanita, Pemuda dan Puteri Umno Sipitang.

BEAUFORT: Keutuhan dan kekuatan persafahaman serta perpaduan rakyat pelbagai kaum sememang sukar dinafikan dan satu lagi bukti jelas kehadiran pelbagai kaum memeriahkan majlis rumah terbuka Umno Sipitang bagi Dun Lumadan di Sekolah Menengah Kebangsaan Gadong sini kelmarin.

Lebih lima ribu orang yang hadir pada majlis tersebut yang bukan sahaja di kalangan umat islam tetapi juga mereka yang bukan beragama islam, tanpa sebarang wasangka kesemuanya sama-sama meraikan aidilfitri dengan penuh kegembiran.

Inilah keistimewaan yang dimiliki oleh rakyat negara ini. Keistimewaan yang telah menjadi budaya dan menggamit perhatian daripada rakyat negara lain.

Bukan hanya perayaan aidilfitri tetapi juga perayaan yang lain.keutuhan dan kekuatan perpaduan serta persafaman rakyat turut digambarkan dan aidilfitri yang menjelang memperlihatkan semua rakyat pelbagai kaum bersama memeriahkannya. Inilah yang digambarkan oleh Ketua Umno Sipitang Datuk Sapawi Ahmad yang berkata keutuhan dan kekutan itu hadir pada rakyat kerana mereka mahukan keharmonian serta kemakmuran it uterus dinikmati.

Beliau berkata perpaduan dan persafaman rakyat tidak mungkin runtuh selagi rakyat utamakan keharmonian serta kemakmuran negara. Sambutan perayaan seperti aidifitri katanya memperkukuhkan lagi perpaduan dan persafahaman rakyat.

“Kestabilan politik yang direncana oleh kerajaan barisan Nasional (BN) mendapat sokongan padu dari rakyat,”katanya lagi.

Beliau berkata rakyat telah memilih yang terbaik dan mereka berhak menerima dan mempertahankan yang terbaik. Sambil mengucapkan selamat meraikan aidilfitri Sapawi berkata apa yang terbaik pada rakyat tidak mungkin akan berubah.

Hadir sama pada majlis tersebut termasuklah Timbalan Ketua Umno Sipitang Kamarlin Ombi, Ketua Penerangan Umno Sipitang Ahmad Bujang, Setiausaha Umno Sipitang Alidin Mohamad, Ketua Wanita Umno Sipitang Datuk Surinam Sadikun dan Ketua Puteri Umno Sipitang Dayang Maimunah Sidek serta AJK Umno Sipitang.



Share |