CERIA…Seabahagian pelajar wanita muslim yang turut serta di majlis tersebut.
TERTIB…Sebahagian Pelajar UPSR Sipitang sedang membaca surah yassin memohon keberkataan di majlis tersebut.
d)
SOLAT HAJAT…Sapawi bersama kamarlin dan Ahmad menunaikan solat sunat hajat perdana UPSR Sipitang di majlis tersebut.
b)
PENENANG HATI…sebahagian ibu bapa dan pelajar yang mengambil air minuman yang di bacakan surah yassin di majlis tersebut.
JIKA diukur tahap pendidikan di luar bandar sememangnya berbeza dengan pencapaian yang dicatat di bandar. Namun perbezaan itu bukanlah penghalang khususnya di kalangan pelajar luar bandar bagi mencatatkan keputusan cemerlang dalam pendidikan.
Sudah banyak bukti bahawa pelajar di luar bandar bukan sahaja berupaya menyamai pencapaian pelajar di bandar tetapi berupaya mengatasi kecemerlangan mereka meskipun pelajar itu berdepan dengan kemudahan prasarana pendidikan yang mungkin tidak sehebat pelajar di bandar.
Komitmen, kesungguhan dan keazaman pelajar yang disokong serta didokong oleh ibu bapa merupakan azimat penting untuk mencapai kejayaan dan azimat inilah juga yang digunapakai oleh pelajar di bandar.
Perkara inilah juga yang diluahkan oleh Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Ahmad pada majlis solat hajat perdana Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) di Masjid Haji Hashim di Sipitang kelmarin.
Majlis tersebut dianjurkan oleh Biro Pendidikan UMNO Sipitang dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Sabah dan Jawatankuasa Masjid Haji Hashim dengan tujuan meningkatkan motivasi keyakinan diri di kalangan pelajar yang bakal menduduki peperiksaan UPSR minggu depan.
Sapawi berkata setinggi manapun keazaman serta kesungguhan seorang pelajar untuk berjaya dalam pelajaran masih memerlukan sokongan dan dokongan daripada ibu bapa.
“Ibu bapa memainkan peranan penting dalam hal ini kerana ibu bapalah juga yang menambahkan lagi keyakinan mereka sesudah mendapat galakan daripada pihak guru yang bukan sahaja memberi tunjuk ajar dan bimbingan,” katanya.
Menurutnya usaha tersebut turut memerlukan doa daripada ibu bapa selain pelajar itu sendiri.
Katanya sebab itulah pelajar yang mahu mencapai kejayaan perlu menghormati ibu bapa dan juga guru.
“Tidak mungkin seseorang pelajar itu akan berjaya jika membelakangkan ibu bapa dan guru…ingatlah untuk berjaya jangan sesekali lupa atau tidak menghormati ibu bapa dan guru,” katanya lagi.
Pada majlis tersebut Sapawi mengumumkan pelajar yang berjaya memperolehi 5 A pada peperiksaan UPSR itu akan menerima RM500 sebagai hadiah atas kejayaan yang dicapai.
Lebih 1,000 ribu orang pelajar UPSR dan ibu bapa yang hadir dan termasuklah Adun Lumadan Kamarlin Ombi, Adun Sindumin Ahmad Bujang, Pegawai Pelajaran Sipitang Razak Karim, Pengerusi Majlis Guru-Guru Besar Sipitang Asli Moksin, Iman Masjid Haji Hashim Rafahi Salleh dan Setiausaha Umno Sipitang Alidin Mohamad
a)
c)
e)