Friday, September 9, 2011

Lawat Mangsa Kebakaran Di Tanjung Pagar, Sipitang.



Kelihatan Sapawi diperhatikan oleh Pegawai Perhubungan Parlimen Sipitang Suhaili Matusin, Penolong Pegawai Pembangunan Daerah Sipitang Zulkefli Ahmad, Pemaju Mukim Sipitang merangkap Pegawai perhubungan Adun Sindumin Abdul Madi Ungku dan Ahli Jawatankuasa Pemuda Umno Sipitang Jaafar Jalaf menyampaikan sumbangan kepada Nizam dan Suami kepada Dalilati, Roslan Omar sempena lawatan tersebut.

PRIHATIN…Musibah yang menimpa dua beradik apabila kediaman mereka musnah dalam satu kebakaran di Kampung Tanjung Pagar Sipitang mendapat perhatian daripada Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Ahmad.

Rumah Nizam Arshad yang merupakan ahli jawatankuasa Pergerakan Pemuda Umno Sipitang dan adiknya musnah dalam satu kebakaran awal pagi kelmarin. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Sapawi pada kunjungan ke atas Nizam Arshad,38, dan adiknya Dalilati Arsad,36, di kampung tersebut melahirkan harapan agar mereka tabah dan bersabar dengan dugaan tersebut.

“Pasti ada hikmah di sebalik kejadian itu tetapi kita bersyukur tiada kemalangan jiwa,” katanya.

Sapawi yang menghabiskan masa selama sejam turut menyampaikan sumbangan peribadi.



Share |