Thursday, September 22, 2011

Open House Aidil Fitri At Putatan



SOKONGAN PADU...Sebahagian warga sipitang yang di Kota Kinabalu hadir di majlis tersebut.
DUIT RAYA...Sapawi menyampaikan duit raya kepada kanak-kanak dimajlis tersebut.
TAHNIAH...Ketua Pemuda Umno Sipitang Yamani Hafez Musa diperhatikan Oleh Naib Ketua Pemuda Umno Sipitang Matbali Musa dan Setiausaha Penganjur Zulhelmi Asbi menyampaikan hadiah kepada salah seorang pengunjung bertuah di majlis tersebut.
BERTUAH...Sapawi diperhatikan oleh Ketua Pemuda Umno Sipitang Yamani Hafez Musa menyampaikan hadiah utama sebuah basikal kepada salah seorang pengunjung bertuah di majlis tersebut

MESRA...Sapawi berbual mesra dengan Hafez dan Matbali serta AJK Pemuda Umno Sipitang hadir di majlis tersebut.

BERADA jauh di perantauan bukan bermakna bahawa kemesraan yang terjalin telah terlerai. Bertugas mahupun tinggal di tempat yang berasing bukan bermakna segala hubungan telah terputus. Begitu juga jarang-jarang atau sesekali bertemu bukan petanda segala ingatan telah terhapus.

Maka tidak hairanlah jika Majlis Aidilfitri Warga Sipitang Kota Kinabalu anjuran berasa Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Ahmad, Adun Lumadan Kamarlin Ombi dan Adun Sindumin Ahmad Bujang di Kompleks Belia Putatan Ahad lalu, menghadirkan lebih 2,500 orang.

Kehadiran ramai itu bukan sahaja untuk bersama-sama meraikan sambutan Aidilfitri tetapi pastinya untuk bertemu dengan rakan-rakan atau saudara mara yang jarang-jarang atau sesekali sahaja berjumpa di bandar raya Kota Kinabalu mahupun di sekitar daerah yang berdekatan.

“Antara sebab penganjuran ini adalah untuk memberi ruang kepada warga Sipitang yang bertugas di Kota Kinabalu atau di daerah yang lain meraikan Aidilfitri,” kata Sapawi ketika ditemui pada majlis tersebut.

Katanya dengan adanya majlis seumpama itu warga Sipitang boleh berkumpul dan bertemu sesama sendiri bagi mengeratkan lagi hubungan serta kemesraan yang sedia ada.

Sama ada disedari atau tidak., tidak hanya Sapawi tetapi dua wakil rakyat iaitu Kamarlin dan Ahmad Bujang tidak melupakan warga Sipitang yang berada di Kota Kinabalu ataupun di sekitarnya.

Ketiga-tiga poemimpin ini tetap memberi ruang untuk mereka bersama-sama meraikan sambutan Aidilfitri.



Share |