Sunday, September 25, 2011

Jamuan Merdeka, Pemimpin dan Pejuang Vateran Dun Lumadan




PATRIOTIK…Acara menaikkan bendera oleh kadet polis sekolah sambil menyanyikan lagu kebangsaan dan negeri.
BANTAHAN…Sapawi menyaksikan penyerahan memoredum bantahan Mat Sabu oleh Kamarlin mewakili 600 pemimpin dan pejuang veteran kepada wakil Polis Beaufort ASP Samsuri Mohamad.
DIHARGAI…Sapawi bersama Kamarlin menyampaikan plak penghargaan dan sumbangan kepada salah seorang pejuang veteran di majlis tersebut.
BERJASA…Sapawi dan Kamarlin bersalaman dan menyampaikan penghargaan kepada pemimpin dan pejuang veteran di majlis tersebut.

BEAUFORT: Rakyat perlu sedar pihak yang cuba mengubah fakta sejarah dalam pihak yang hanya mahukan kuasa.

Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Ahmad berkata pihak tersebut wajar tidak diberikan sokongan kerana tidak menghargai jasa dan sumbangan para pejuang kemerdekaan terdahulu.

“Pihak seumpama ini tidak harus diberikan tempat dan diberikan sokongan…amat jelas mereka bukan sahaja tidak menghargai pejuang lama tetapi enggan bersyukur dengan kemakmuran dan keharmonian yang dinikmati ketika ini.

“Kemakmuran dan keharmonian itu tidak akan mampu kita nikmati tanpa pengorbanan para pejuang terdahulu,” katanya pada majlis jamuan merdeka pemimpin dan pejuang veteran di sini kelmarin.

Katanya pihak tersebut iaitu pemimpin pembangkang hanya mahu mengelirukan rakyat dengan usaha mengubah fakta sejarah.

Menurutnya kenyataan Timbalan Presiden PAS yang meletakkan komunis adalah pejuang kemerdekaan merupakan kenyataan yang mengelirukan.

Beliau berkata kenyataan itu amat jelas memperlihatkan bahawa pembangkang hanya mahukan kuasa untuk kepentingan diri dan bukannya untuk rakyat.

Katanya jika pembangkang mengutamakan rakyat, mereka sudah tentu tahu tentang kekejaman komunis kepada rakyat negara ini.

“Tetapi apa yang berlaku ketika ini, pemimpin pembangkang itu berusaha mengangkat komunis dan menafikan pula pengorbanan pejuang terdahulu,” katanya dan menambah rakyat harus tidak memberikan peluang serta ruang kepada pemimpin seumpama ini.

Beliau berkata apa yang dilakukan oleh para pejuang terdahulu amat bernilai sekali dan jasa serta sumbangan mereka sepatutnya dihargai.

Katanya Barisan Nasional yang diterajui oleh UMNO akan terus mempertahankan para pejuang kemerdekaan “kerana kita amat menghargai segala jasa dan pengorbanan yang telah dilakukan.”

Pada majlis itu Sapawi menyaksikan penyerahan momerdum bantahan keatas Mat Sabu oleh Persatuan Bekas Polis Beaufort dan Persatuan Bekas Tentera Beaufort.

Hadir sama pada majlis tersebut termasuklah Adun Lumdan Kamarlin Ombi, Pegawai Daerah Beaufort Wong Foo Tin, Penolong Pegawai Daerah Beaufort Said Othman, Ketua daerah Beaufort Junli Yusof, Wakil Ketua Polis Beaufort ASP Shamsuri Mohamad, Pemimpin Kemajuan Rakyat Lumadan Ahmad Mumin, dan Presiden Persatuan Bekas-Bekas Tentera Shanon Safri dan Lebih 600 pemimpin dan pejuang veteran.



Share |