Tuesday, September 27, 2011

Perbarisan Hari Merdeka Sipitang



SUMBANGAN…Sapawi menyampaikan sampul duit kepada kanak-kanak yang mengambil bahagian dalam pertandingan anjuran Mayang Sipitang.
SEMANGAT…Laungan merdeka oleh pelajar S.K Sindumin yang juga muncul johan bagi kategori unit beruniform sekolah rendah.
TAHNIAH…Sapawi dan tetamu jemputan merakamkan kenangan bersama peserta kanak-kanak pertandingan pakaian beragam Mayang Sipitang.
JOHAN…Sapawi menymapaikan hadiah johan perbarisan bagi kategori kontinjen teramai kepada Hajah Aminah Ghafar mewakili KEMAS Sipitang.
CERIA…Sapawi merakamkan kenangan bersama penerima plak dan sumbangan yang terdiri daripada pemimpin dan pejuang veteran Sipitang.

BUKAN mudah untuk mendapatkan kemerdekaan. Bukan mudah juga untuk mempertahankan dan mengekalkan kemerdekaan itu. Tanpa pengorbanan dan kebijaksanaan, sudah tentu kemerdekaan itu tidak akan tercapai. Jika tercapai pun ia pasti tidak akan berpanjangan.

Maka rakyat negara ini sewajarnya bersyukur dan berterima kasih kepada pengorbanan yang dilakukan oleh pejuang kemerdekaan. Pengorbanan yang tidak mengharapkan sebarang balasan itu membolehkan rakyat negara ini menjadi rakyat pada sebuah negara yang merdeka.

Namun pada masa yang sama rakyat juga perlu menghargai dan berterima kasih atas kebijaksanaan barisan kepimpinan kerana berupaya memastikan kemerdekaan negara dikekalkan. Atas usaha barisan kepimpinan, rakyat yang terdiri daripada pelbagai suku kaum dapat disatukan atas nama rakyat Malaysia dengan persefahaman serta perpaduan dipertingkatkan.

Akhirnya usaha yang memperlihatkan kebijaksanaan barisan kepimpinan itu membolehkan rakyat yang mengutamakan perpaduan dan persefahaman dapat menikmati keharmonian serta kemakmuran.

Inilah juga yang digambarkan oleh Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Ahmad pada sambutan Hari Kemerdekaan peringkat daerah Sipitang di Dataran Esplanade Sipitang.

Sapawi berkata negara ini mencapai kemerdekaan tanpa perlu `berperang’ atau `tumpah darah.’

Sebaliknya kemerdekaan dicapai menerusi perbincangan, katanya dan menambah ia bagaimanapun memperlihatkan pengorbanan para pejuang terdahulu.

Bagaimanapun Sapawi berkata agak mengecewakan apabila ada segelintir rakyat negara ini berusaha menafikan apa yang dilakukan oleh para pejuang terdahulu.

Beliau berkata pihak tersebut cuba memutarbelitkan fakta sejarah apabila mendakwa pejuang komunis adalah pejuang kemerdekaan yang sebenar.

“Rakyat dahulu merasai keperitan dan kekejaman komunis tetapi ada pula pihak khususnya pembangkang mahu mengangkat mereka dan cuba mempengaruhi rakyat,” katanya.

Sambil meminta rakyat agar tidak terpengaruh, Sapawi berkata pihak terbabit yang merupakan pembangkang berbuat demikian kerana mahu mendapatkan sokongan rakyat demi kepentingan diri mereka.

“Mereka (pembangkang) bukan berjuang untuk rakyat tetapi untuk diri mereka sendiri...mereka tidak menghargai pengorbanan pejuang terdahulu,” katanya lagi.

Seramai 70 kontinjen mengambil bahagian terdiri daripada sektor awan dan sewasta, persatuan, NGOs, badan2 berkanun, sekolah rendah dan menengah dan dan dalam perbarisan tersebut.

Pada perbarisan itu KEMAS Sipitang telah diumnunkan johan bagi kategori sektor awan manakala Pejabat Daerah Sipitang dan Majlis Daerah Sipitang masing-masing mendapat tempat kedua dan ketiga.

Manakala bagi kategori badan NGO’s dan sewasta Persatuan Lundayeh Sabah telah muncul johan dan Sabah Forest Industries (SFI) dan Persatuan Kedayan Sabah mendapat tempat kedua dan ketiga

Kadet Polis polis Sekolah Menengah Pangiran Omar (SMPO) telah diumunkan muncul johan bagi kategori sekolah-sekolah (Pasukan Beruniform Sekolah) manakala Persatuan Bulan Sabit Malaysia SMPO dan Kadet Polis SMPO II masing-masing mendapat tempat kedua dan ketiga.

Johan kontinjen teramai disandang oleh KEMAS Sipitang dan bagi kategori guru-guru sekolah menengah dimenangi oleh SMPO II

a)

b)

c)

d)

e)

f)

g)

h)



Share |