Friday, December 16, 2011

Pemuda Umno Kg. Lubok Weston


LUBOK (Beaufort): Sebanyak 18 pasukan bersaing memburu kejuaraan Kejohanan Bola Sepak Sembilan Sebelah Piala Datuk Sapawi Ahmad di Padang Sekolah Kebangsaan Lubok, Weston Kelmarin.

Kejohanan anjuran Pemuda Umno Lubok itu menawarkan pelbagai hadiah yang menarik dan dirasmikan oleh Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Ahmad.

“Jadikan kejohanan seumpama ini sebagai aktiviti yang bermanfaat kepada generasi muda,” katanya di sini kelmarin.

Beliau berkata kejohanan seumpama itu membuka ruang dan peluang ke arah mengeratkan silaturrahim selain dapat membantu meningkatkan lagi mutu sukan bola sepak.

Menurutnya kejohanan itu juga membuka peluang kepada generasi muda bagi memperlihatkan bakat yang dimiliki.

Kelihatan Sapawi bersama Ketua Pemuda Umno Kampung Lubok, Weston Idris Durahman merakamkan kenangan bersama sebahagian pasukan yang menyertai kejohanan tersebut.



Share |