Sunday, December 18, 2011

Makan Malam SLDB


MANTAP…Sapawi bersama barisan tetamu kehormat terdiri daripada ahli lembaga SLDB dan rakan niaga SLDB yang turut hadir dimajlis tersebut.

MESRA…Sapawi diiringi oleh Jhuavari bersalaman dengan warga SLDB yang hadir di majlis tersebut

PENGHARGAAN…Sapawi menyampaikan anugerah khas Pengurus Besar SLDB Jhuavari Majid di majlis tersebut.

KUKUH…Pengurus SLDB Jhuavari Majid menyampaikan sijil kelulusan penubuhan koperasi SLDB kepada Penasihat Koparat SLDB Awang Mohd Sofi.

BERTUAH…Sapawi diperhatikan oleh Jhuavari menyampaikan hadiah kepada salah seorang warga SLDB yang memenangi tiket cabutan bertuah di malam tersebut.

KOTA KINABALU: Sikap amanah dan semangat berkerja berpasukan merupakan faktor dalam memastikan Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (SLDB) mencapai kecemerlangan.

Pengerusinya Datuk Sapawi Ahmad berkata usaha gigih yang dilakukan oleh kakitangan agensi itu membolehkan SLDB keluar dari kepompong kesusutan dan berjaya meraih keuntungan membanggakan.

“Usaha ini dilakukan kerana sikap amanah dalam melaksanakan tanggungjawab serta semangat kerja berpasukan di kalangan kakitangan,” katanya pada majlis makan malam SLDB di sini kelmarin.

Beliau berkata SLDB sebelum ini berdepan dengan kesusutan sebelum berjaya ditingkatkan semula dan seterusnya mencatatkan keuntungan berlipat ganda.

Katanya pencapaian itu tidak mungkin diraih jika tiada sikap amanah dan tiada semangat kerja berpasukan.

Menurutnya kejayaan yang diraih oleh SLDB itu juga meletakkan agensi itu sebagai salah satu syarikat yang disegani.

“Pencapaian ini amat membanggakan dan kita berharap usaha seumpama ini akan berterusan dan berpanjangan,” katanya lagi.

Sambil mengucapkan tahniah kepada warga SLDB atas kejayaan itu, Sapawi memberitahu perancangan strategik serta program dilaksanakan dan mendatangkan kesan positif perlu untuk diteruskan.

Beliau berkata warga SLDB juga perlu bersedia untuk menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan dalam usaha meningkatkan lagi pencapaian yang sedia ada.

“Saya secara peribadi menyokong pelan strategik kerana ia meningkatkan lagi pencapaian SLDB tetapi pada masa yang sama kita perlu berusaha meningkatkan usaha serta semangat kerja berpasukan.

“Sokongan daripada semua warga SLDB amat perlu bagi memastikan SLDB berjaya mencatat prestasi membanggakan,” katanya.

Dalam pada itu Sapawi berkata SLDB akan terus memainkan peranan dalam membantu kerajaan dalam membangunkan masyarakat luar bandar untuk keluar daripada kepompong kemiskinan.

Katanya program-program Mini Estet Sejahtera (MESEJ) di mana agensi itu terlibat akan dilaksanakan dan dipastikan mencapai matlamatnya.

Menurutnya program geran komunal untuk peneroka SLDB juga akan diteruskan bagi memastikan SLDB menjadi role modal kepada syarikat lain.

a)

b)

c) TAHNIAH…Puan Masliah Naitulah isteri kepada Pengurus Besar SLDB menyampaikan hadiah kemenangan kepada Syaheddrul R. Joddari dan isterinya Erno Joe Andrew yang memperagakan pakaian istimewa di malam tersebut.

d)

e)

f) CERIA…Sebahagian warga SLDB yang hadir di majlis tersebut.

g)



Share |