Monday, January 2, 2012

Pantau Projek Rakyat



APA DAH JADI…Sapawi bersama Adun Lumadan Kamarlin Ombi turun padang meninjau sendiri status pembinaan Dewan Lingkungan yang tertangguh pembinaannya.

WESTON (Sipitang): Pengawasan dan pemantauan terhadap projek berkepentingan rakyat amat perlu dilaksanakan.

Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Ahmad berkata kesempurnaan projek rakyat perlu diutamakan.

“Projek pembangunan untuk rakyat bukan hanya perlu disiapkan tetapi mutu dan kualitinya juga perlu diutamakan,”katanya ketika meninjau projek Kerja-Kerja Menaiktaraf Dewan Kampung Lingkungan dekat sini kelmarin.

Projek pembinaan dewan kampung tersebut dibawah penyelian Jabatan Pembangunan Negeri Sabah telah tertangguh dan situasi itu melahirkan rasa kecewa dan hampa kepada ahli parlimen Sipitang dan menambah papan tanda projek pembinaan juga tidak didirikan.

Beliau juga mendapat makluman dan runggutan daripada penduduk kampung bahawa kontarktor yang membina projek ini juga bukan daripada kawasan parlimen Sipitang.

Peruntukkan projek pembinaan tersebut dipohon sendiri oleh Sapawi bagi mengantikan dewan lama yang telah uzur.

“Penangguhan atau kegagalan menyiapkan projek itu tidak sepatutnya berlaku dan jabatan atau agensi berkaitan perlu sentiasa membuat pengawasan dan juga pemantauan.

“Penangguhan dan kegagalan itu memberi kesan negatif kepada rakyat…lebih mengecewakan kerajaan pula yang disalahkan oleh rakyat,”Katanya.

Sapawi yang kecewa dan hampa memberitahu adalah penting pengawasan dan pemantuan dilakukan.

Pengawasan dan pemantuan itu , katanya bukan sekadar memastikan projek itu siap mengikut jadual tetapi juga menyentuh tentang kualiti projek tersebut.

Beliau berkata projek rakyat perlu siap dengan kualiti yang diharapkan.

“Kita berharap projek dewan ini akan disiapkan dengan kadar segera dan menyenarai hitamkan kontraktor yang gagal melaksanakan projek diamanahkan,” Katanya lagi.





Share |