Tuesday, January 24, 2012

Tahun Baru Cina Sipitang



MERIAH…Sapawi merkamkan kenangan dengan keluarga Yeo Boun Kiat pada majlis rumah terbuka tahun cina di Kampung Mesapol, Sipitang

KENANGAN…Sapawi merakamkan kenangan bersama keluraga Datuk James Wong dan Simon di majlis tersebut.

ANGPOW…Sapawi dan Simon menyampaikan paket angpow kepada kanak-kanak yang hadir di majlis tersebut.

CERIA…Sapawi bersama Datuk James Wong dan Simon sedang menerima angpow istimewa daripada tuan rumah di majlis tersebut.

GONG XI FA CAI…Sambutan rumah terbuka sempena Tahun Baru Cina bagi keluarga Simon Chong Pengurus Bernas Indah Sdn Bhd dan Datuk James Wong Ahli Perniagaan di Kampung Pantai Sipitang turut diceriakan dengan kehadiran Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Ahmad.

Sapawi juga turut meluangkan masa berkunjung ke rumah Pengerusi Tokong Vie Hun, Mesapol Yeo Boun Kiat di Kampung Cina, Pekan Mesapol pada sebelah petang.

Sambil mengucapkan gong xi fa cai kepada masyarakat Cina, Sapawi berharap sambutan pada kali ini akan lebih meriah berbanding tahun-tahun yang sudah.

“Perayaan ini tidak hanya disambut oleh masyarakat Cina tetapi turut diserikan oleh mereka yang bukan Cina…ini memperlihatkan keharmonian dan kemakmuran yang dinikmati oleh rakyat dan pastinya kita berharap situasi ini akan terus berpanjangan dan berkekalan,” kata Sapawi.


Berita Oleh : Mohd Dzul Mohd Kassim



Share |