Sunday, February 5, 2012

Forum Khas Sempena Sambutan Maulidur Rasul Masjid Kg Pantai, Sipitang


Sebahagian penduduk islam setempat yang pada majlis tersebut.
FORUM…Forum perdana khas yang dipengerusikan oleh Abdul Razak (kanan) dan ahli panelnya Manap Lakariba Pengarah JASA (tengah) dan Zainudin Mahmud Pegawai Jheains.
CERIA…Sapawi dan Ahmad merakamkan kenangan bersama ahli jawatankuasa yang menjayakan Forum Perdana Khas tersebut.
KHUSYUK…Sapawi dan Ahmad bersama jemputan sedang khusyuk mendengar forum perdana khas sempena sambutan Maulidur Rasul Sipitang.

SIPITANG: Umat Islam di negara ini telah memperlihatkan kehebatan apabila berjaya memastikan perpaduan dan persefahaman diperkukuhkan.

Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Ahmad berkata umat Islam wajar bersyukur kerana Kerajaan Barisan Nasional (BN) memiliki barisan kepimpinan yang bijaksana bagi memastikan Islam tidak tergugat.

“Kehebatan Islam ialah memperkukuhkan persefahaman dan perpaduan dengan anutan agama lain...mewujudkan hormat- menghormati antara satu sama lain dan saling bekerjasama,” katanya ketika merasmikan rakaman televisyen iaitu forum khas sempena sambutan Maulidur Rasul di Masjid Kampung Pantai di sini kelmarin.

Hadir sama pada majlis tersebut termasuklah Adun Sindumin Ahmad Bujang, Pegawai Daerah Sipitang Latip Amat, Pegawai Jheains Abdul Razak, Ketua Daerah Sipitang Arif Ismail,Pengerusi Masjid Kampung Pantai Dahlan Ambun, Iman Daerah Sipitang Rafahi Salleh dan Pengerusi Penganjur Jaini Puasa

Sapawi berkata hasil daripada kehebatan itu, tidak hanya kepada umat Islam tetapi seluruh rakyat yang pelbagai kaum dan anutan agama menikmati kemakmuran dan keharmonian.

Katanya umat Islam harus sedar bahawa untuk mencapai kejayaan dan kecemerlangan, mereka harus merasakan kehebatan diri.

Menurutnya dengan merasakan kehebatan itulah umat Islam akan lebih bersemangat dan akan berusaha gigih ke arah mencaoai kejayaan serta kecemerlangan.

Sapawi juga menegaskan bahawa umat Islam harus melakukan transformasi diri dan juga pemikiran.

“Usah terpengaruh dengan pihak-pihak tertentu yang cuba menggugat Islam dengan menimbulkan beberapa perkara yang boleh mencetuskan keharmonian antara Islam dengan penganut agama lain.

“Pihak ini harus kita tolak dan tentang dan kita berterima kasih kepada Kerajaan BN yang turut tidak membiarkan perkara ini berkembang,” katanya.

Sehubungan dengan itu Sapawi berkata sambutan Maulidur Rasul wajar dijadikan landasan kepada umat Islam untuk terus memperlihatkan kehebatan yang dimiliki.

“Kita contohi dan teladani sikap yang diperlihatkan oleh Rasulullah,” katanya lagi.



Share |