Friday, February 3, 2012

Pecah Tanah Projek Menaiktaraf Jalan Kampung Sungai Tiga-Popular, Sipitang


Sebahagian penduduk kampung hadir pada majlis tersebut
SUMBANGAN….Sapawi menyampaikan sumbangan kepada sumbangan kepada Agas Lawai,71, orang kurang upaya di majlis tersebut.
RASMI…Sapawi diperhatikan oleh Ahmad dan Kamarlin bersama jemputan menekan punat tanda sembolik pelancaran Projek Menaiktaraf Jalan Kampung Sungai tiga-Populor.

SIPITANG: Barisan Nasional (BN) tidak pernah melupakan jasa rakyat yang telah memberikan mandat dan kepercayaan untuk membentuk kerajaan.

Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Ahmad berkata BN sentiasa menjaga kebajikan rakyat tanpa mengamalkan sikap pilih kasih.

“BN sentiasa memastikan rakyat dapat menikmati kemajuan dan pembangunan dan kebajikan rakyat juga tidak akan diabaikan,” katanya pada majlis pecah tanah menaiktaraf jalan Kampung Sungai Tiga-Pepulor sejauh 4.67 kilometer di sini kelmarin.

Hadir sama pada majlis tersebut termasuklah Adun Sindumin Ahmad Bujang, Adun Lumadan Kamarlin Ombi, Wakil Pengarah Jabatan Kerja Sabah Philemon Lajawai, Pegawai Daerah Sipitang Latip Amat, Penolong Pegawai Daerah Sipitang Matlin Dullah, Ketua Daerah Sipitang Arif Ismail dan Pemimpin Kemajuan Rakyat Sindumin Abdul Rahman Mohd Noh dan Wakil Penduduk Kampung Saidin Ahmad.

Sapawi memberitahu pelaksanaan pembangunan ataupun projek tetap mengutamakan kepentingan rakyat secara menyeluruh.

Katanya tidak ada projek pembangunan yang dilaksanakan semata-mata untuk memenuhi kepentingan individu.

“Ini bukan amalan BN...projek yang dilaksanakan adalah untuk rakyat tanpa mengira agama dan kaum dan ia juga bukan hanya tertumpu di kawasan bandar ataupun pekan tetapi juga di pelusuk pedalaman.

“Rakyat sendiri boleh melihat apa yang telah dilakukan oleh BN...macam-macam bukti telah dilaksanakan oleh BN,” katanya dan menambah salah bukti ialah pelaksanaan projek menaiktaraf jalan yang bernilai RM15.6 juta itu.

Katanya pelaksanaan projek menaiktaraf jalan dijangka siap tahun depan adalah untuk menambahkan lagi kemudahan untuk rakyat.

Menurutnya BN bukan kerajaan yang mengamalkan janji kosong sebaliknya setiap janjai akan dilaksanakan.

Bagaimanapun Sapawi berkata pelaksanaan projek adalah mengikut keutamaan dan keperluan rakyat.

“Kita bukannya pembangkang yang hanya tahu menyebarkan dakyah dan fitnah...pembangkan hanya mahu mengheret rakyat semata-mata demi kepentingan mereka dan bukannya untuk kepentingan rakyat,” katanya.

Di majlis itu juga Sapawi telah menyampaikan sumbangan kewangan kepada 44 orang penerima terdiri daripada golongan warga emas, ibu tunggul, anak yatim dan orang kurang upaya.



Share |