Thursday, February 9, 2012

Perayaan Chap Goh Meh Tokong Cina Vie Hun, Mesapol, Sipitang



TAHNIAH…Sapawi menyampaikan hadiah kepada salah seorang pemenang pertanding tanglong di majlis tersebut.
PRIHATIN…Sapawi diiringi oleh Pengarah Akmalina Shamsudin Pengarah JPNIN Sabah dan Pengerusi Tokong Cina Vie Hun Yeo Baun Kiat menyampaikan wang ‘Ang Pow’ kepada warga emas berketurunan cina di majlis tersebut.
DIHARGAI…Sapawi bersama Pengerusi Tokong Cina Vie Hun, Mesapol Yeo Boun Kiat menerima skrol Tahun Baru Cina di majlis tersebut.

SIPITANG: Salah satu keunikan dan keindahan yang dinikmati oleh rakyat negara ini ialah meraikan perayaan keagamaan masing-masing tanpa sebarang sekatan.

Malah perayaan itu turut diraikan dengan meriah oleh seluruh rakyat negara ini tanpa mengira anutan agama dan suku kaum.

“Inilah antara keunikkan dan keindahan yang dimiliki dan dinikmati oleh rakyat negara ini,” kata Ahli Parlimen Sipitang pada perayaan Chap Goh Meh Perpaduan sempena minggu keharmonian antara penganut agama sedunia di Tokong Cina Vie Hun Mesapol dekat sini kelmarin.

Hadir sama majlis tersebut termasuklah Adun Sindumin Ahmad Bujang, Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Sabah Nurul Akmalina Shamsuddin, Sekretriat Rukun Negara, UMS, Pegawai Daerah Sipitang Latip Amat, Ketua Daerah Sipitang Arif Ismail, Pegawai Kemajuan Rakyat Sindumin Abdul Rahman Mohd Noh dan Pengerusi Penganjur merangkap Pengerusi Tokong Cina Vie Hun Mesapol Yeo Boun Kiat.

Sapawi berkata keunikkan dan keindahan itu wujud hasil daripada persefahaman serta perpaduan antara kaum.

“Persefahaman dan perpaduan ini pula telah diperkukuhkan serta permantapkan dati masa ke semasa,” katanya.

Menurutnya keunikkan dan keindahan itu turut menjadi Malaysia sebagai tumpuan kepada beberapa buah negara.

Katanya Malaysia telah dijadikan sebagai role model untuk mewujudkan keharmonian dan kemakmuran oleh negara-negara tersebut.

“Apa yang dinikmati oleh rakyat negara ini tidak dapat dinikmati oleh rakyat di beberapa buah negara…sambutan perayaan keagamaan disambut dengan penuh rasa bimbang,” katanya lagi.

Beliau memberitahu Kerajaan Barisan Nasional (BN) menerusi barisan kepimpinannya sentiasa memastikan perpaduan dan persefahaman rakyat tidak tergugat.

Katanya antara usaha itu termasuklah melahirkan gagasan 1 Malaysia yang mana ianya bertujuan menyedarkan rakyat tentang peri pentingnya persefahaman dan perpaduan yang sedia ada berterusan dan berpanjangan.

Menurutnya ketika ini terdapat pihak-pihak tertentu cuba melaga-lagakan antara kaum demi kepentingan peribadi seseorang atau diri sendiri.

Beliau berkata pihak tersebut berbuat apa sahaja untuk mempengaruhi rakyat negara ini agar turut menghancurkan persefahaman dan perpaduan tersebut.

“Kita berterima kasih kepada barisan kepimpinan BN yang bijaksana dan tidak membiarkan usaha pihak tersebut sebaliknya berusaha menghalang usaha itu,” katanya lagi.

Di majlis itu juga Sapawi menyampaikan wang ‘Ang Pow’ kepada warga emas berketurunan cina dan Ahmad telah menyumbangkan RM3,000 kepada Tokong Cina Vie Hun, Mesapol



Share |