Saturday, March 10, 2012

Cuti-Cuti 1 Malaysia: Jom Datang Dan Kenali Sipitang ! (35 gambar)

Laman Rasmi Facebook Page Sipitang,Sabah,Malaysia :
http://www.facebook.com/sipitangsabahMalaysia










Daerah Sipitang yang terletak di Selatan Negeri Sabah, bersempadan dengan Negeri Sarawak (Lawas) dan Negara Indonesia (Kalimantan). Sipitang juga laluan utama dari Negara Brunei Darussalam melalui jalan darat dan laut serta laluan ke Wilayah Persekutuan Labuan.

Sipitang merupakan pekan, daerah dan juga kawasan parlimen yang terletak di Bahagian Pedalaman, Sabah, Malaysia.

Jumlah penduduk di daerah Sipitang dianggarkan seramai 12,076 pada tahun 1980, 24,349 pada tahun 1991 dan dijangka akan meningkat kepada 56,634 pada tahun 2010 .Sipitang adalah pekan negeri Sabah yang paling dekat dengan sempadan Sabah-Sarawak.

Pekan Sipitang terletak sejauh 44 kilometer ke selatan Beaufort, dan 144 kilometer ke selatan ibu kota Sabah, Kota Kinabalu.

Sejarah

Sebelum tahun 1884, Sipitang adalah di bawah naungan Kesultanan Brunei. Pada 5 November 1884, Sultan Brunei menyerahkan kawasan jajahannya dari Sipitang ke Kuala Penyu kepada Syarikat Berpiagam Borneo Utara (SBBU).Penyerahan ini berikutan daripada sogokan yang diberikan oleh gabernor SBBU, William Treacher, kepada pihak Sultan.

Pada 7 September 1901 pula, Sultan Brunei menyerahkan kawasan dari Sungai Sipitang sehingga ke Sungai Trusan kepada SBBU.Sehubungan dengan itu, SBBU memperoleh kawasan Mengalong dan Merantaman di Sipitang pada 12 September 1901.

Pemberian ini diperoleh daripada geran yang diberikan oleh Pangiran Tengah Damit ibni al-Marhum Pangiran Anak Bongsu.Kawasan-kawasan tersebut diperoleh secara berasingan kerana kawasan sebegitu adalah hak milik persendirian pangiran-pangiran (putera-putera) melalui hak tulin mereka, maka tidak terletak di bawah kuasa Sultan.

Sungai Sipitang menandakan sempadan British Borneo Utara dan Kesultanan Brunei sehingga tahun 1900.

Pada tahun 1901, iaitu setelah SBBU memperoleh tanah dari Sungai Sipitang ke Sungai Trusan, pejabat pentadbiran ditubuhkan di Sipitang dan kawasan tersebut diletakkan di bawah nama Province Clarke. Daerah ini dinamakan sempena Sir Andrew Clarke.

Matlamat penubuhan pejabat adalah untuk mengembangkan kawasan jajahan SBBU. Walau bagaimanapun, keadaan politik pada tahun-tahun berikutnya menyebabkan SBBU menjual kembali beberapa kawasan berdekatan dengan Sungai Trusan, dan sempadan Borneo utara menyusut ke Mengalong (Sindumin).





















































































Laman Rasmi Facebook Page Sipitang,Sabah,Malaysia :
http://www.facebook.com/sipitangsabahMalaysia
Share |