Tuesday, March 20, 2012

Lawatan Meraikan Majlis Perkahwinan





CERIA…Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Ahmad meluang masa menghadiri majlis perkahwinan adik bongsu kepada Adun Lumadan Kamarlin Ombi iaitu Norhamidah Ombi dengan pasangannya Saepulrijan Ruslan anak kepada Ketua PBS Lumadan Ruslan Muharam di kediamanya kampung Suasa, Beaufort.

Pada sebelah malamnya pula Sapawi dan Kamarlin telah mengetuai rombongan sempena meraihkan majlis perkahwinan Ahli Jawatankuasa Umno Sipitang Cikgu Tajudin di kampung Bingkul, Beaufort.

Sempena majlis itu Ruslan yang juga Ahli Majlis Teringgi PBS Pusat mewakili keluarga kedua pihak ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih khususnya kepada Datuk Sapawi Ahmad dan rombongan serta kepada lebih 5,000 tetamu yang menghadiri majlis tersebut.

Kelihatan Sapawi bersama keluarga Ruslan dan jemputan merakamkan kenangan bersama kedua pasangan mempelai sempena majlis tersebut.



Share |