Tuesday, March 20, 2012

Sepakat Komuniti 1 Malaysia



TAHNIAH…Sapawi menyampaikan hadiah kepada johan pertandingan tarik tali kepada pasukan tarik tali Labuan yang muncul johan pada majlis tersebut.

SEDAP…Sapawi bersama Ahmad dan Latip sedang memotong ayam kampung dimasak kukus digerai pameran KPD Sipitang di majlis tersebut.
BANTUAN…Sapawi diperhatikan oleh Ahmad dan Kamarlin menyampaikn replika cek BR1M kepada salah seorang penerima dimajlis tersebut.
AMANAH…Sapawi diperhatikan oleh Ahmad dan Kamarlin menyampaikan geran peruntukan kepada Hamit Saban mewakili Komuniti 1 Malaysia Kampung Pantai.

SOKONGAN…Sebahagian penduduk setempat yang menghadiri majlis perasmian tersebut.

SIPITANG: Komuniti 1 Malaysia diharap dapat memainkan peranan dengan menyampaikan maklumat tepat berhubung perancangan dan dasar kerajaan kepada rakyat.

Exco Penerangan Sabah Datuk Sapawi Ahmad berkata rakyat ketika ini dihidangkan dengan pelbagai isu yang jelas memutarbelitkan perancangan dan juga dasar kerajaan.

“Pelbagai dakyah dan fitnah dilontarkan kepada rakyat dan ini perlu ditangani menerusi penyampaian maklumat yang benar,” katanya pada perasmian program Sepakat Komuniti 1 Malaysia di Esplande di sini kelmarin.

Hadir sama pada majlis tersebut termasuklah Adum Sindumin Ahmad bujang, Adun Lumadan Kamarlin Ombi, Pegawai Daerah Sipitang Latip Amat, Wakil Pengarah Jabatan Penerangan Sabah Azman Sipan, Pemimpin Kemajuan Rakyat Sindumin Abdul Rahman Mohd Noh dan Pegawai Penerangan Bahagian Pendalaman Bawah Zulhanin Hasnih.

Sapawi berkata kerajaan tidak mahu rakyat tertipu dan terpedaya dengan dakyah-dakyah yang dilemparkan khususnya oleh parti pembangkang.

Katanya pembangkang sememangnya mahu mempergunakan rakyat dengan sengaja memutarbelitkan perancangan dan dasar kerajaan.

“Pelbagai isu yang dilontarkan terutama sekali ketika menjelangnya pilihan raya…kita tidak mahu rakyat tertipu dan Komuniti 1 Malaysia perlu memainkan peranan dengan menyampaikan maklumat yang tepat,” katanya lagi.

Sapawi yang juga Ahli Parlimen Sipitang memberitahu Kerajaan Barisan Nasional adalah kerajaan yang mengotakan janji kepada rakyat.

Katanya sudah banyak perkara yang dijanjikan kepada rakyat telah dilaksanakan oleh BN.

“BN bukan berjanji kosong tetapi mengotakannya…rakyat sendiri dapat melihat apa yang telah dijanjikan dikotakan,” katanya lagi.





Share |