Monday, March 26, 2012

Pemimpin Bersama Rakyat Di Kg. Mendulong, Sipitang.



INTIM...Sapawi bersalaman dengan sebahagian penduduk setempat yang menghadiri majlis tersebut
PRIHATIN…Sapawi menyampaikan sumbangan kewangan kepada salah seorang warga emas di majlis tersebut.
SUMBANGAN…Sapawi diperhatikan oleh Ahmad menyampaikan sumbangan set jersi dan bola kepada wakil beliawanis Jenifer Geogers.

TINJAU…Sapawi meninjau naiktaraf jalan by pass Mendulong yang masih dalam pembinaan.

SIPITANG: Penduduk Kampung Mendulong dan sekitarnya bakal menikmati pembangunan dan kemajuan seperti yang dijanjikan oleh Barisan Nasional.

Pelaksanaan projek menaiktaraf jalan Mendulong by pass bagi fasa pertama yang bernilai RM18 juta sejauh enam kilometer dan dijangka siap pada 2015 bakal memberi manfaat penduduk kampung tersebut dan sekitarnya.

“Ini adalah antara janji BN kepada rakyat dan kita mengotakannya di mana projek yang utama didahulukan,” kata Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Ahmad pada majlis gotong royong pemimpin bersama rakyat di Kampung Mendulong dekat sini kelmarin.

Hadir sama pada majlis tersebut termasuklah Adun Sindumin Ahmad Bujang, Pegawai Pembangunan Masyarakat (CDO) Sindumin Richard Kamtan,Ketua Kampung Mendulong Lukas Pangiran.

Sapawi berkata pelaksanaan projek menaiktaraf jalan tersebut akan membuka ruang untuk melaksanakan projek pembangunan yang lain.

Katanya apabila siap projek menaiktaraf jalan tersebut ia sudah tentu membolehkan pelaksanaan projek pembangunan yang lain.

Menurutnya semua projek itu apabila dilaksnakan akan turut dapat dinikmati oleh penduduk kampung yang berhampiran seperti Kampung Muaya dan Bamban selain penduduk Kampung Mendulong sendiri.

Beliau memberitahu projek menaiktaraf jalan itu juga bakal menjadi jalan utama ke kawasan pedalaman seperti ke Kampung Meligan dan juga Long Pasia.

“Rakyat akan dapat menikmati kemudahan itu dan ini adalah antara yang dijanjikan oleh BN kepada rakyat,” katanya dan menambah apa yang dijanjikan oleh BN kepada rakyat tetap akan dikotakan.

Sapawi berkata antara kemudahan yang bakal dinikmati oleh rakyat termasuklah kemudahan untuk membawa keluar hasil pertanian masing-masing.

Katanya Mendulong yang kaya dengan sumber pertanian akan turut dibangunkan dalam bidang tersebut.

Menurutnya ia termasuklah memajukan dan membangunkan kawasan pertanian menerusi pelaksanaan projek agensi Kerajaan Negeri.

“Ketika ini Lembaga Industri Getah Sabah telah mengusahakan penanaman getah seluas lebih 5,000 hektar dan Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (SLDB0) akan turut membantu dengan membangunkan penanaman kelapa sawit di kawasan seluas 6,000 hektar di Kampung Iburu dekat dengan Kampung Meligan,” katanya lagi.

Dalam pada itu Sapawi memberitahu pelaksanaan projek kemudahan asas seperti bekalan elektrik dan air akan dan sedang dilaksanakan.

Katanya projek tersebut termasuklah pelaksanaan projek penapisan loji air graviti baru bernilai RM10 juta di Long Pasia dan projek di Mendulong dan Meligan yang menelan belanja RM26 juta.

Bagaimanapun Sapawi berkata sokongan dan kerjasama daripada penduduk kampung diperlukan bagi memastikan segala projek yang direncanakan dilaksanakan dengan baik.

“Pertindihan projek mungkin menganggu pelaksanaan beberapa projek lain seperti projek penyambungan paip tetapi ia bukanlah mengambil masa yang begitu lama,” katanya lagi.

Pada majlis tersebut Sapawi telah menyampaikan sumbangan kewangan kepada 71 orang terdiri daripada warga emas, ibu tunggul, Orang Kurang Upaya



Share |