Tuesday, March 27, 2012

Sumbangan Zink & Kayu Di Kg. Mendulong, Sipitang




PRIHATIN...Majlis Gotong Royong Pemimpin Bersama Rakyat di Kampung Mendulong Sipitang kelmarin memberi kejutan menggembirakan kepada dua penduduk kampung tersebut.


Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Ahmad yang bersama penduduk kampung tersebut bagi menjayakan majlis itu, telah menyampaikan sumbangan zink dan kayu bagi membantu Dawat Lasong dan Endrik Salutan Lasong bagi memperbaiki rumah masing-masing.

Dawat dan Endrik mendiami rumah yang telah uzur dan tidak menyangka bahawa Ahli Parlimen Sipitang itu bukan sekadar hadir menjayakan majlis gotong royong tetapi menyampaikan sumbangan bagi memastikan mereka dapat memperbaiki kediaman masing-masing.

“Ia merupakan sumbangan yang bermakna buat kami dan sumbangan itu benar-benar mengejut dan kami berterima kasih kepada beliau (Sapawi).” kata Dawat ketika ditemui selepas penyerahan sumbangan tersebut.

Kelihatan Sapawi menyampaikan sumbangan zink dan kayu kepada Dawat dan Endrik sempena kunjungan tersebut..


Share |