Friday, May 25, 2012

Mesyuarat Agung USIA Sipitang



DIHARGAI…Sapawi menyampaikan cenderakenangan kepada Setiausaha Agung USIA Pusat Datuk Abdul Latiff kandok di majlis tersebut.

MANTAP…Sapawi dan Latiff merakamkan kenangan bersama AJK USIA Sipitang di majlis tersebut.

SIPITANG: Ahli Parlimen Sipitang, Datuk Sapawi Ahmad kekal menerajui kepemimpinan Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) Bahagian Sipitang selaku Ketua Bahagian untuk tempoh tiga tahun lagi selepas perwakilan sebulat suara bersetuju mengekalkan ahli jawatankuasa lama dari 2009-2012 pada mesyuarat Agung Pemilihan USIA Bahagian Sipitang bagi tahun 2012-2015 di Dewan Perpustakaan Negeri Sabah (PNS) Cawangan daerah di sini.
Turut dikekalkan Timbalan Ketua Bahagian, Ariff Ismail; Mohd Jair Hashim (Naib Ketua Bahagian); Mali Momin (Setiausaha); Sitam Dullah (Bendahari); Zainal Timbang (Ketua Penerangan); Mohd Raffee Mohd Salleh (Ketua Belia) dan Mariam Osman (Ketua Wanita).
Manakala lima ahli jawatankuasa (ajk) dipilih ialah Mohd Jaini Puasa; Daim Bakar; Ibrahim Salleh; Pg Mohiddin Pg Ismail dan Awang Adi Sawal. Sementara dua ahli dilantik ialah Abd Rahman Mohd Noh dan Amuilin Junsin.
Mesyuarat Agung kali ke-26 bahagian itu dirasmikan oleh Setiausaha Agung USIA Pusat, Datuk Abd Latiff Kandok.
Hadir sama Setiausaha Kerja (SUK) USIA Pusat, Misnan Warman.
Terdahulu, Sapawi yang juga Ahli Majlis Tertinggi USIA Pusat dalam ucapannya tanggungjawab dakwah amat besar dan USIA berjaya membudayakan nilai-nilai Islam bermula sektar tahun 60-an dan diterima sehingga ke hari ini.
"Tidak ada pihak boleh menafikan keberkesanan dan kejayaan dakwah yang dilaksanakan oleh USIA selama ini.
"Sebab itu, diperingkat bahagian kita harus bekerja keras menggerakan aktiviti dakwah. Hari ini, banyak pihak bercerita mengenai pembaharuan dalam soal tranformasi, kita menyokong penuh gerakan dakwah pada masa ini harus ditransform supaya ia bergerak seiring situasi semasa dan paling penting dakwah ia terus relevan.
"Langkah yang diambil oleh Ibu Pejabat USIA iaitu memperkasa dakwah melalui media baru sangat baik dan perlu dilaksanakan dengan berani. Kita melihat generasi hari ini lebih cenderung kepada media baru dan kerajaan hari ini juga sedang berusaha memperkasakan teknologi baru melalui satelite.
"Dalam unsur memperkasa Islam asas utama ialah memperkukuh akidah. Bila berbicara mengenai akidah ini tidak lain tidak bukan ialah dakwah. Apabila akidah umat rapuh semua aspek termasuk pembangunan, ekonomi, politik dan pendidikan juga rapuh. Walaupun kita melihat di Amerika maju dan hebat tetapi mereka kekosongan dalam aspek ini," katanya.
Sapawi berkata walaupun Sipitang terletak di sempadan Sabah dan Sarawak tetapi rakyat di sini terus menikmati pembangunan dan kemajuan yang di bawah oleh kerajaan.

a)

Share |