Friday, May 25, 2012

Penyampaian BR1M & Mesra Rakyat Di Kg Bukau, Beaufort



SOKONGAN PADU….Sebahagian penduduk setempat yang hadir di majlis tersebut.
SUMBANGAN…Sapawi dan kamarlin menyampaikan sumbangan baju kepada Sahdun Urus Pengerusi JKKK Kampung Lukut Satu, Gadong di majlis tersebut.
BANTUAN…Sapawi dan Kamarlin menyampaikan BR1M kepada salah seorang yang layak menerima di majlis tersebut.
RASMI…Sapawi diperhatikan oleh Kamarlin , Azuandi dan Abzairudin ketika merasmikan Persatuan Komuniti Kg. Bukau.

CERGAS…Sapawi dan Kamarlin bersama penduduk dan golongan belia melakukan senamrobik dimajlis tersebut.

BUKAU (Beaufort): Rakyat tidak harus memperjudikan nasib dengan menuruti dakyah pembangkang bagi menukar kerajaan yang sedia ada.

Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Ahmad berkata sikap ingin mencuba tidak harus diamalkan oleh rakyat.

“Menukar kerajaan bukan seperti kita menukar baju kerana menukar kerajaan bermakna kita harus memperjudikan bukan hanya untuk diri sendiri tetapi juga untuk generasi akan datang.

“Kerajaan Barisan Nasional (BN) yang menerajui tampuk kerajaan ketika ini adalah pilihan yang terbaik kerana apa yang dilakukan keutamaannya adalah untuk rakyat,” katanya pada majlis bersama pemimpin dan penyerahan Bantuan Rakyat 1 malaysia BR1M di sini kelmarin.

Hadir sama pada majlis tersebut termasuklah Wakil Rakyta Lumadan Kamarlin Ombi, Ketua Daerah Lumadan Junli Yusuf, Ketua Wanita Umno Sipitang Datuk Surinam Sadikun, Penolong Pengarah Bahagian Jabatan Kebajikan Masyarakat Am Rokiah Salleh, Pegawai Perhubungan Parlimen Sipitang Matbali Musah, Pengerusi Persatuan komuniti Kg. Bukau Azuandi Sidup dan Timbalanya Abzairudin Amin dan Ketua PBS Lumadan Roslan Muharam

Sapawi berkata rakyat tidak harus mudah dipengaruhi atau diperdaya oleh pembangkang yang perjuangannya hanya untuk kepentingan seseorang dan bukannya rakyat.

Katanya Kerajaan BN sejak dahulu sehingga kini telah membuktikan bahawa perjuangan yang dilakukan adalah untuk rakyat dan bukannya untuk kepentingan diri ataupun untuk kepentingan seseorang.

Menurutnya pelbagai usaha untuk memastikan rakyat menikmati kemakmuran dan keharmonian dilakukan oleh Kerajaan BN.

“Usaha Kerajaan BN ini tidak dilakukan oleh pembangkang dan rakyat sendiri boleh me,lihat negeri-negeri yang diperintah oleh pembangkang di mana banyak janji-janji yang ditaburkan seewaktu pilihan raya belum lagi ditunaikan,” katanya dan menambah keadaan itu sewajarnya dilihat oleh rakyat.

Sapawi memberitahu apa yang dilakukan oleh Kerajaan BN juga tidak mampu dilakukan oleh pembangkang.

Katanya pemberian BR1M, bantuan persekolahan RM100 dan sebagainya tidak dilaksanakan oleh pembangkang di negeri-negeri yang mereka perintah.

“Tiada usaha yang dilakukan oleh BN mampu dilaksanakan oleh pembangkang…jadi rakyat perlu membuat penilaian yang terbaik,” katanya kagi.

Di majlis itu juga seramai 345 orang telah menerima BR1M dan pada masa yang sama juga Persatuan Komuniti Kg. Bukau juga telah menganjurkan pertandingan bola sepak 9 sebelah yang disertai 36 pasukan di samping pertandingan Fustal wanita tertutup, Badminton dan Sukaneka.

Share |