Wednesday, May 2, 2012

Penyampaian Sumbangan PIBG dan KWAPM Di SK Pekan Beaufort.





PRIHATIN…Sapawi diperhatikan oleh Kamarlin menyampaikan bantuan KWAPM kepada salah seorang ibubapa pelajar dimajlis tersebut.



CERIA….Kamarlin diperhatikan oleh Sapawi menyampaikan sumbangan RM3,000 kepada Pengerusi PIBG SAR Lumadan Muanam Mujiarto.



SUMBANGAN…Sapawi diperhatikan oleh Kamarlin menyampaikan sumbangan RM3,000 kepada PIBG SMK Beaufort III Norbayah Musa



MESRA…Sapawi dan Kamarlin bersalaman dengan guru-guru dan ibubapa yang hadir di majlis tersebut.




MANTAP…Sapawi dan Kamarlin merakamkan kenangan bersama guru-guru SK Pekan Beaufort di majlis tersebut.

BEAUFORT: Pembangunan dan kemajuan pendidikan akan terus menjadi agenda utama kepada Kerajaan Barisan Nasional (BN).

Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Ahmad berkata kerajaan tidak akan mengabaikan pembangunan dan kemajuan pendidikan di negara ini.

“Usaha ini termasuklah penyediaan kemudahan prasarana pendidikan selain bantuan untuk pelajar dan juga ibu bapa,” katanya pada majlis penyampaian sumbangan kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan penyampaian Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin di Sekolah Kebangsaan Pekan Beaufort di sini kelmarin.

Hadir sama pada majlis itu termasuklah wakil rakyat Lumadan Kamarlin Ombi. Wakil Pegawai Pelajaran Beaufort Mohd Jali Nordin, Pemimpin Kemajuan Rakyat Lumadan Ahmad Mumin, Guru Besar S.K Pekan Beaufort Anas Yusuf dan Pegawai Perhubungan Ahli Parlimen Sipitang Matbali Musah

Sapawi berkata pembangunan dan kemajuan pendidikan itu tidak hanya tertumpu kepada pendidikan akademik tetapi juga pendidikan agama.

Katanya keseimbangan kedua-dua pendidikan itu penting dalam membentuk shasiah pelajar dan melahirkan golongan pelajar yang cemerlang dan berjaya.

Bagaimanapun Sapawi berkata usaha kerajaan sudah tentu tidak akan berbaloi jika ibu bapa enggan untuk tampil bagi memberikan sokongan dan dokongan.

Katanya ibu bapa tidak harus mengamalkan sikap sambil lewa terhadap pencapaian pendidikan anak-anak dan menyerahkannya kepada guru.

“Bimbingan dan tunjuk ajar yang terbaik adalah bermula daripada rumah dan ia merupakan tanggungjawab ibu bapa manakala di sekolah, guru hanya mengasah minat golongan pelajar,” katanya lagi.

Katanya sokongan dan dokongan ibu bapa itu boleh diberikan menerusi penglibatan dalam menjayakan program-program pendidikan di sekolah.

Cara terbaik, katanya, menyertai persatuan ibu bapa kerana menerusi persatuan inilah ibu bapa boleh memperlihatkan sokongan dan dokongan ke arah mempermantapkan lagi minat belajar kepada anak-anak.

Di majlis itu Sapawi dan kamarlin telah menyampaikan sumbangan RM3,000 kepada PIBG Kolej Vaksional, Sekolah Menangah, Sekolah Rendah, Sekolah Agama Negeri dan Sekolah Agama Rakyat bagi kawasan dewan undangan Lumadan.

Sapawi juga turut menyampaikan sumbangan set komputer kepada Sekolah Kebangsaan Pekan Beaufort.
Share |