Friday, May 4, 2012

Bantuan Elaun Sara Hidup Nelayan Kawasan Teluk Padas



SUMBANGAN…Sapawi diperhatikan oleh Kamarlin menyampaikan sumbangan khas kepada salah ahli persatuan nelayan yang menerima musibah di majlis tersebut.
BANTUAN…Sapawi diperhatikan oleh kamarlin menyampaikan elaun sara hidup nelayan kepada salah seorang ahli persatuan nelayan kawasan teluk padas.

CERIA…Sebahagian ahli persatuan nelayan kawasan teluk padas yang hadir di majlis tersebut.

WESTON (Beaufort): Kerajaan Barisan Nasional (BN) telah membuktikan keupayaan dalam membangun dan memajukan ekonomi negara.

Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Ahmad berkata bukti itu jelas dengan bantuan-bantuan yang diberikan oleh kerajaan kepada rakyat.

“Jika ekonomi negara gagal ditingkatkan sudah tentu rakyat tidak akan menikmati pelbagai bantuan yang diberikan oleh kerajaan ketika ini,” katanya pada majlis penyampaian elaun sara hidup nelayan sempena mesyuarat agung persatuan nelayan kawasan teluk padas di sini kelmarin.

Hadir sama pada majlis tersebut teramsuklah Wakil Rakyat lumadan Kamarlin Ombi, Pengurus Besar Lembaga kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Sabah Jainudin Osman, Pegawai Perhubungan Parlimen Ahli parlimen Sipitang Matbali Musah dan Pengerusi Persatuan Nelayan Kawasn Teluk Padas Masri Latip.

Sapawi berkata bantuan yang diberikan itu adalah untuk rakyat tanpa mengira agama dan suku kaum.

“Rakyat keseluruhannya menikmati bantuan yang diberikan dan ini termasuklah golongan nelayan apabila kerajaan memberikan elaun sara hidup.

“Apa yang dilakukan oleh Kerajaan BN bukan sahaja tidak mampu dilaksanakan oleh pembangkang tetapi juga tidak dilakukan oleh mana-mana negara,” katanya lagi.

Menurutnya dakwaan pembangkang bahawa eknomi negara merosot adalah dakwaan yang bernadakan fitnah semata-mata.

Katanya pembangkang berbuat demikian hanya kerana mahu mengelirukan rakyat dan mengabui mata rakyat.

Beliau memberitahu pembangkang berusaha dan akan terus memperdayakan serta memperbodohkan rakyat untuk kepentingan mereka.

“Tidak ada satupun yang mampu diikuti atau disaingi oleh pembangkang sebaliknya Kerajaan BN terus meneruskan usaha memberikan bantuan kepada rakyat,” katanya dan menambah bantuan kepada golongan nelayan juga akan berterusan.

Katanya Kerajaan BN adalah kerajaan yang bertanggungjawab dan sentiasa meletakkan kepentingan rakyat sebagai paling utama.

Menurutnya elaun sara hidup yang diperkenalkan sejak 2008 telah dinikmati lebih 10,000 nelayan di negeri ini..

Seramai 388 nelayan di Weston menerima elaun sara hidup sebanyak RM200 setiap seorang dan Sapawi menyifatkan bantuan itu adalah kerana kerajaan mahu membantu meningkatkan sumber ekonomi golongan nelayan di negeri ini.

Share |