Sunday, May 6, 2012

Ziarah Orang Sakit Di Kampung Teratak, Padas Damit, Beaufort.




Sapawi menyampaikan sumbangan kepada Fatnah semasa majlis ziarah tersebut.



Sapawi sedang melihat keadaan Siti Abibah semasa majlis ziarah tersebut.


PEMIMPIN PRIHATIN…Penderitaan Fatnah Salim dan Siti Abibah Anting di Kampung Teratak Padas Damit Beaufort mendapat perhatian daripada Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Haji Ahmad.

Sapawi yang mengadakan lawatan ke kampung tersebut, mengunjungi Fatnah dan Siti Abibah di kediaman masing-masing di kampung tersebut.

Fatnah, 50, menderita sakit buah pinggang sejak dua bulan lalu manakala Siti Abibah, 44, pula menderita sakit kanser buah dada.

Sapawi yang turut menyampaikan sumbangan melahirkan harapan agar kedua-duanya akan sembuh.
Share |