Thursday, June 7, 2012

Golongan belia perlu guna ICT dengan bijaksana




7th June, 2012

KENINGAU: Golongan belia di negeri ini perlu menggunakan ICT dengan bijaksana dan jangan terlalu membuang masa didepan komputer serta telefon untuk melayari perkara-perkara yang negatif.

Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Peter Pang, berkata adalah lebih bermakna jika golongan belia menghabiskan lebih banyak masa untukmembaca buku yang berunsurkan pendidikan yang dapat menambah pengetahuan.

Katanya, pada zaman ICT ini ramai golongan belia yang mempunyai akaun Facebook, Twitter dan lain-lain alat komunikasi secara online.

“Golongan belia termasuk pelajar harus membat pertimbangan yang baik sebelum membuat keputusan dan mempercayai maklumat-maklumat yang disogok melalui ICT,” katanya semasa berucap merasmikan Forum Leo Terbuka 2012 ke 10 Wilayah 308 – A2 yang berlangsung di Dewan Besar SM Chung Hwa dekat sini pada Selasa.

Pang berkata, pada hari ini ICT memainkan peranan yang sangat penting dalam menyalurkan maklumat kepada masyarakat khususnya golongan beliau.

Walau bagaimanapun katanya, golongan belia jangan lah mudah dimanipulasikan dengan perkara-perkara negatif yang turut dipaparkan dalam ICT.

Katanya, di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah melancarkan Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP).

Dengan program transformasi ini katanya, kerajaan kita telah menyediakan benyak kerjaya untuk masa depan belia seperti yang telah dinyatakan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa terdapat 3.3 juta kekosongan jawatan disediakan kepada beliau melalui Program Transformasi Kerajaan.

Menteri Belia dan Sukan itu berkata, Kerajaan sentiasa mengambil perhatian mengenai keperluan dan masa depan golongan belia termasuk keluarga mereka.

Katanya, ini terbukti dalam bajet 2012 di mana kerajaan telah memberi peruntukan di bawah Program Bantuan Rakyat 1Malaysia RM500 ketua isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah membabitkan 3.8 juta ketua isi rumah dengan nilai RM 1.92 billion telah diagih-agihkan.

Selain itu katanya, kerajaan juga telah memberikan bantuan RM100 tunai kepada pelajar membabitkan 5.5 pelajar.

Katanya, bagi pelajar IPTA/IPTS yang juga termasuk dalam golongan belia telah diberi bantuan baucer pembelian buku bernilai RM200 setiap pelajar.

“Ini adalah salah satu daripada pengisian slogan Perdana Menteri ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’, ” katanya.

Dalam masa yang sama katanya, Kerajaan Negeri yang diterajui oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Haji Aman, telah memberi peruntukan yang besar sejumlah RM 11.4 juta untuk pembangunan beliau di negeri ini.

Melalui bajet yang besar ini katanya, persatuan dan pertubuhan belia di negeri ini dapat menganjurkan aktiviti-aktiviti yang berfaedah kepada golongan belia.

Hadir sama Gabenor Wilayah Lion Club, DR Tan Su Koon; Presiden Lion Club Keningau, Ronny Hiew dan Presiden-Presiden Lion Club dari daerah-daerah di Sabah, Sarawak dan Indonesia.

Seramai 400 perwakilan dari Sarawak, seluruh Sabah dan Indonesia menghadiri forum itu.
Share |