Thursday, June 7, 2012

Lelaki maut kena renjatan elektrik

7th June, 2012

LAHAD DATU: Tragedi menimpa seorang lelaki tempatan berumur lingkungan 50-an di Perkampungan Batu 8, Segama dekat sini, apabila ditemui mati akibat terkena renjatan elektrik, dalam kejadian yang berlaku pada lewat petang kelmarin

Sebelum itu, mangsa dipercayai cuba untuk membuat penyambungan bekalan elektrik secara haram dengan ‘memancing’ kabel terus kepada talian elektrik yang berhampiran.

Sementara itu, Pengarah Urusan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB), Ir. Hj Abd Razak Sallim berkata, hasil daripada maklumat orang awam sepasukan anggota kerja SESB telah bergegas ke tempat kejadian dan tiba pada jam 6.30 petang. Akan tetapi, mangsa sudah dibawa balik ke rumahnya.

Katanya, pemeriksaan lanjut di lokasi kejadian juga dibuat serta merta bagi memastikan tiada arus elektrik yang mengalir daripada kegiatan sambungan haram tersebut.

“Satu laporan polis juga telahpun dibuat berikutan kejadian itu,”katanya lagi sambil menambah selain boleh menyebabkan kemalangan maut, aktiviti seperti itu juga boleh mengakibatkan kerosakan kepada pepasangan elektrik (electrical equipment) dan seterusnya mengakibatkan gangguan bekalan yang kerap di kawasan sekitar.

Dalam pada itu katanya, kejadian itu adalah yang kedua dilaporkan berlaku di Sabah pada tahun ini yang melibatkan kemalangan maut.
Share |