Thursday, June 7, 2012

Polis buru perompak berbahaya

7th June, 2012

TUARAN: Polis sedang men- jalankan gerakan secara besar-besaran bagi memburu seorang daripada empat perompak berbahaya yang berjaya melepaskan diri daripada ditangkap selepas men- yamun sebuah kedai runcit, di Kampung Kota, dekat sini, baru-baru ini.

Menurut sumber, dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang pada 2 Jun itu, seramai empat lelaki yang menaiki sebuah Perodua Kancil berwarna kuning telah pergi ke sebuah kedai runcit di Kampung Kota, dengan salah seorang suspek berpura-pura membeli rokok.”Seorang wanita berusia 20 tahun telah diugut dengan senjata parang samurai oleh seorang rakan suspek sewaktu suspek pertama berada di kedai berkenaan,” kata Ketua Polis Daerah Tuaran, Deputi Superintendan Zaharudin Rasip.

”Pada waktu itu, ada seorang lagi rakan suspek masuk ke dalam kedai, bertindak secara ganas dengan menghantukkan kepala penjaga premis itu ke dinding, menyebabkan wanita terbabit mengalami kecederaan di bahagian kepala.

”Perompak itu kemudiannya melarikan diri bersama sejumlah wang dan dua buah telefon bimbit kepunyaan penjaga kedai berkenaan dengan menaiki sebuah kereta Perodua Kancil yang berwarna kuning,” katanya ketika dihubungi di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tuaran, Selasa

Zaharudin berkata, mangsa rompakan yang cedera ringan di kepala itu telah dihantar di Hospital Tuaran oleh anggota keluarganya sebagai pesakit luar.

Katanya lagi, polis yang menerima laporan rompakan itu, kemudiannya menjalan- kan gerakan memburu semua suspek berkenaan dan hasilnya, tiga daripada mereka telah berjaya ditangkap dalam dua serbuan, di Menggatal dan Tuaran.

”Dua lagi suspek berjaya ditangkap di dua rumah tidak bernombor berasingan, di Kampung Rampayan, Menggatal, jam 3 pagi, hari yang sama,” katanya.

”Tangkapan pertama membabitkan seorang suspek dilakukan di sebuah rumah tidak bernombor, di Kampung Dunggang, Tuaran, jam 11.30 malam, Selasa lalu.” Ketiga-tiga suspek yang berjaya ditangkap itu, lelaki tempatan berumur dalam lingkungan 24, 27 dan 41 tahun, dan me- rupakan penagih dadah jenis syabu.

Polis turut menjumpai sebuah Perodua Kancil berwarna kuning di Taman Indah Permai, Menggatal, dipercayai digunakan suspek ketika mela- kukan rompakan bersenjata.

Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan dan Seksyen 397 Kanun Keseksaan.

”Sehubungan itu, polis se- dang memburu seorang lagi suspek, yang terbabit dalam kes rompakan itu, iaitu Mohd Afen- ddy Jamainus, 35, berbangsa Dusun, memakai kad pengenalan bernombor 770415-12- 5085, dan beralamat di Kampung Ketiau, Putatan.

Justeru, masyarakat awam yang mempunyai sebarang maklumat mengenai suspek yang dikehendaki polis itu di- minta untuk menghubungi IPD Tuaran menerusi talian 088- 794313 atau terus menghubungi Inspektor Mazli Azhar Mohamed menerusi 017- 9137295.
Share |