Thursday, June 7, 2012

Politik pembangkang untuk jangka pendek, kata Ronald

7th June, 2012

PAITAN: Parti pembang- kang hanya cuba mengambil hati rakyat untuk jangka pendek sahaja terutama ke- tika menjelang pilihan raya, kata Ahli Parlimen Beluran Datuk Ronald Kiandee.

Menurut beliau, parti pembangkang tidak mempunyai pelan jangka panjang untuk rakyat sebaliknya mereka lebih mengutamakan kuasa untuk kepentingan diri.

Katanya, bagi meraih so- kongan rakyat, mereka ban- yak menggunakan isu berkaitan pembangunan dengan me- nidakkan usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan melaksanakan pembangunan untuk rakyat tanpa mengira di mana mereka berada.

“Sebagai contoh di daerah Beluran, masih ada kawasan yang belum menerima pembangunan terutama berkaitan bekalan air, elektrik dan jalan raya.

“Tanpa sebarang pengetahuan mengenai kawasan itu dan usaha yang sedang dilakukan oleh kerajaan, pembangkang mengambil kesempatan menjadikan isu itu untuk meraih sokongan rakyat,” katanya ketika berucap pada Majlis Dialog dengan Ketua- ketua kampung di Talidusun pada Isnin lepas.

Dalam majlis itu, bebera- pa ketua kampung menyua- rakan masalah mereka kepada Ronald yang juga Timbalan Speaker Dewan Rakyat yang banyak berkaitan isu tanah dan kemudahan asas bekalan air, elektrik dan jalan raya.

Sehubungan itu, Ronald mengajak rakyat di daerah ini menolak dakyah pemimpin pembangkang yang kini mula masuk ke kampung-kampung di sekitar daerah ini untuk meraih sokongan.

Beliau yakin rakyat boleh melihat pembangunan yang dibawa oleh kerajaan yang giat melaksanakan pelbagai program untuk transformasi pembangunan khususnya di kawa- san luar bandar.

Katanya, tempias tranformasi pembangunan itu turut dirasai di kawasan Paitan dengan projek bekalan air bersih sedang giat dilakukan melalui pembinaan loji penapis air di Paitan dan Botition.

Menurutnya, bekalan elektrik di kawasan Paitan dan Sugut juga sedang diperluaskan bagi membolehkan lebih banyak kampung dapat merasai kemudahan itu.
Share |