Tuesday, June 12, 2012

Karnival Sukan Juara Rakyat Parlimen Sipitang

JOHAN…Sapawi merakamkan kenangan bersama pasukan tarik tali Umno Zon Bandar yang muncul johan pertandingan tarik tali pada karnival tersebut.
CERGAS…Sapawi bersama Ahmad dan Kamarlin serta penduduk setempat melakukan senamrobik sempena karnival tersebut.
DIHARGAI…Sapawi diperhatikan Kamarlin dan Ahmad menyampaikan cenderakenangan kepada Mariam Osman pengerusi jawatankuasa pertandingan tarik tali wanita di karnival tersebut.
TAHNIAH…Sapawi diperhatikan Kamarlin dan Ahmad sempat menemurah pengunjung bertuah mendapat hadiah utama di majlis tersebut.

SOKONGAN…Konvoi Motosikal golongan belia Sipitang yang membawa BN mengiringi tetamu kehormat di majlis tersebut.

SIPITANG: Potensi dan bakat yang dimiliki oleh golongan belia tidak diabaikan sebaliknya Kerajaan Barisan Nasional (BN) berusaha mengembangkannya.

Potensi dan bakat golongan itu juga tidak dipergunakan untuk kepentingan individu tetapi dipergunakan untuk membangunkan golongan tersebut, kata Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Ahmad.

“Kerajaan BN sentiasa berusaha menggilap potensi dan bakat yang dimiliki oleh golongan belia dengan menyediakan ruang serta peluang,” katanya pada Karnival Sukan Juara Rakyat Parlimen Sipitang di Padang Top Ten di sini kelmarin.

Hadir sama pada majlis tersebut termasuklah Adun Lumadan kamarlin Ombi, Adun Sindumin Ahmad Bujang, Pegawai Daerah Sipitang Latip Amat, Ketua Daerah Sipitang Arif Ismail, Pemimpin Kemajuan Rakyat Sindumin Abdul Rahman Mohd Noh dan Ketua Wanita PBS Sabah Datuk Jamilah Sulaiman.

Sapawi berkata kerajaan mahu agar golongan belia terus membangun dan berkembang berasaskan kepada potensi serta bakat yang dimiliki.

“Kerajaan BN tidak pernah sesekali mahu mempergunakan golongan belia seperti mana yang dilakukan oleh pihak tertentu khususnya pembangkang yang bukan hanya mempergunakan golongan belia tetapi memperbodoh-bodohkan golongan itu hanya untuk kepentingan seseorang,” katanya lagi.

Menurutnya Kerajaan BN amat menghargai golongan belia yang turut menjadi penyumbang utama dan berperanan penting dalam memastikan kemajuan serta pembangunan negara yang berterusan.

Katanya kerajaan sendiri sudah banyak menyediakan ruang dan peluang dalam memastikan potensi serta bakat golongan belia dapat dikembangkan dan dibangunkan.

Antaranya ruang dan peluang itu, katanya ialah menerusi aktiviti sukan yang sememangnya dekat dengan golongan tersebut.

Sehubungan dengan itu Sapawi berkata golongan belia harus bersikap matang dan membuat penilaian yang terbaik dengan tidak mudah dipergaruhi.

“Usah mudah percaya dengan dakyah atau fitnah yang dihebahhebohkan…biuat penilaian yang terbaik kerana hanya Kerajaan BN sahaja yang sentiasa berusaha membangunkan dan memajukan golongan belia di negara ini,” katanya.

Beliau turut menyentuh mengenai sikap tidak kisah di kalangan golongan belia bagi mendaftar sebagai pengundi.

Katanya sikap seumpama itu hanya merugikan dan boleh mendatangkan kesan yang buruk kepada negara pada masa akan datang.

“Perlu ada sikap bertanggungjawab…jangan amalkan sikap tidak kisah kerana masa depan negara bergantung kepada kita sebagai rakyat negara ini,” katanya.

Dalam pada itu Sapawi melahirkan rasa bangga dengan penganjuran karnival itu yang dapat membuka ruang dan peluang kepada golongan belia bagi memperlihatkan potensi dan bakat yang dimiliki.

Katanya penganjuran karnival itu mencapai sasaran yang diharapkan “dan kita gembira apabila golongan belia tampil menjayakan karnival seumpama ini.”

Karnival selama 2 hari itu dihadiri lebih 5 ribu pengunjung dan peserta di mana pelbagai aktiviti sukan telah dipertandingan antaranya pertandingan Fustal, Bola Keranjang (3N3), Bola Tampar, sepak Takraw, Gasing, Tarik Tali, Sukanneka Tadika Kemas dan Pertunjukan Autoshow dengan penampilan khas persatuan Volkswagen dari Persatuan Volkswagen Labuan.

Share |