Wednesday, June 13, 2012

Tarik Tali Lelaki Dan Wanita Sempena Karnival Juara Rakyat Parlimen Sipitang

TARIKAN…Aksi pasukan tarik tali Umno Zon Merintaman yang mendapat tempat kedua pada karnival tersebut.
TAHNIAH…Sapawi menyampaikan hadiah kepada pengurus pasukan tarik tali Umno Zon Bandar yang muncul johan bagi kategori leleki.
SAPAWI merakamkan kenangan dengan pasukan Umno Zon Pantai 2 yang muncul sebagai juara tarik tali ketagori wanita

RIANG…Suasana kemenangan pasukan tarik tali Umno Zon Pantai 1 yang muncul juara pada kategori wanita.

BADANG JUARA RAKYAT…Pasukan tarik tali Umno Zon Bandar ternyata gagah untuk disaingi oleh pasukan tarik tali Umno Zon Merintaman pada final acara tarik tali Karnival Sukan Juara Rakyat Parlimen Sipitang di padang pekan Sipitang kelmarin.

Pasukan Zon Bandar menjuarai acara itu dan meraihkan RM1,000 manakala Zon Merintaman memenangi RM700 untuk naib juara. Tempat ketiga dimenangi oleh pasukan tarik tali Umno Zon Pantai 1 yang meraih RM500.

Bagi kategori wanita, pasukan Umno Zon Pantai 2 muncul sebagai juara bagi meraih RM800 manakala Umno Zon Pantai 1menduduki tempat kedua dan memenangi RM600 sementara tempat ketiga dimenangi oleh Zon Marintaman yang meraih RM400.

Sebanyak 32 pasukan menyertai acara tarik tali itu di mana 16 pasukan bersaing untuk kategori lelaki.

Share |