Sunday, June 17, 2012

Takziah Buat Keluarga Matbali Musah



TAKZIAH…Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Ahmad adalah antara yang turut mengunjungi Naib Ketua Pemuda Umno Sipitang Matbali Musa di mana ayah beliau allahyarham Haji Musah Kasamah meninggal dunia petang Khamis lalu di Kampung Kebajang,Beaufort.

Matbali merupakan Pegawai Perhubungan Ahli Parlimen Sipitang dan selain Sapawi, turut mengunjungi beliau termasuklah wakil rakyat Lumadan Kamarlin Ombi dan Timbalan Ketua Umno Bahagian Beaufort Isnin Haji Aliasnih.

Kelihatan Sapawi bersama-sama Isnin mengaminkan doa yang dibacakan oleh Iman Rambang menyertai umat Islam yang lain ke tanah perkuburan orang Islam di Kampung Kebajang Ulu, Beaufort.
Share |